Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah. Blog Rojak hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.
Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia : Kelayakan SPM Ambilan Mei 2024
Segala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan.
MAJIKAN & TARIKH TUTUP:
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat jawatan kosong yang ditetapkan adalah layak untuk memohon mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:
- Nama Majikan : Jabatan Penjara Malaysia
- Lokasi Kekosongan : Seluruh Negara
- Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mei 2024
LATAR BELAKANG MAJIKAN:
Jabatan Penjara Malaysia merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Penjara merupakan tempat di mana pesalah disabitkan hukuman oleh pihak mahkamah.
Penjara juga merupakan sebuah institusi penahanan dan pemulihan yang memiliki jentera dan kekuatan sumber manusia yang berkualiti serta proaktif dalam melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah disarankan.
Organisasi Jabatan Penjara Malaysia dibahagikan kepada dua sektor iaitu bahagian Keselamatan&Koreksional dan Pengurusan. Kedua-dua bahagian ini diketuai oleh Komisioner Penjara.
Setiap sektor mempunyai bahagian-bahagian di mana ia berfungsi melancarkan perjalanan keseluruhan jabatan penjara yang diketuai oleh Komisioner Jeneral Penjara di Malaysia.
Ini adalah senarai Institusi penjara di Malaysia :
- Penjara
- Pusat Jagaan Kanak-kanak Staf Penjara Malaysia
- Tempat Tahanan Perlindungan
- Pusat Pemulihan Akhlak
- Sekolah Henry Gurney
- Pusat Latihan Jabatan Penjara Malaysia
- Kem Pemasyarakatan Banduan
- Rumah Perantaraan
Senarai pangkat di Jabatan Penjara Malaysia mempunyai 13 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Penjara bermula dari pangkat Penolong Penguasa Penjara sehingga Komisioner Jeneral Penjara, dan Kumpulan Pegawai Rendah Penjara dari pangkat Sub Inspektor Penjara sehingga Wadar Penjara.
MAKLUMAT KEKOSONGAN:
Jawatan kosong JABATAN PENJARA MALAYSIA terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
- PEGAWAI PENJARA GRED KA19
KELAYAKAN MOHON:
Untuk memohon jawatan kosong JABATAN PENJARA MALAYSIA, pastikan anda mengikuti langkah memohon jawatan kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti dibawah.
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Lantikan Tambahan Jawatan Kosong Ini :
- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap; - pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar. Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM
Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)
Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Cukup syarat akademik yang ditetapkan
- Baik dalam pengurusan masa
- Komunikasi yang baik
- Berminat bina kerjaya bersama majikan
- Berpengetahuan
- Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)
SEDANG TRENDING :
KELEBIHAN:
- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti tahunan
- Cuti sakit dan lain-lain
- Dan lain lain
CARA MOHON:
Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan kosong tersebut.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.