Jawatan Kosong : Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) ~ 262 Kekosongan Ambilan Julai 2024

Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah. Blog Rojak hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Jawatan Kosong : Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) ~ 262 Kekosongan Ambilan Julai 2024

Segala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan.

MAJIKAN & TARIKH TUTUP:

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat jawatan kosong kerajaan yang ditetapkan adalah layak untuk memohon mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:

  • Nama Majikan : Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Lokasi Kekosongan : Seluruh Malaysia
  • Tarikh Tutup Permohonan : 22 Julai 2024

Jabatan Perkhidmatan Awam ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab untuk merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta.

Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.

bangunan ibu pejabat jabatan perkhidmatan awam(JPA)
bangunan ibu pejabat jabatan perkhidmatan awam(JPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada mulanya bertapak sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur.

Pejabat Perjawatan Persekutuan kemudian ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan Perbendaharaan Persekutuan.

Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini telah dikekalkan sejak masa itu.

Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) berfungsi untuk melakukan yang berikut :

  1. Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber manusia sektor awam di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
  2. Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam;
  3. Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan penghargaan
  4. Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang harmonis di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan ini juga mempunyai misi untuk menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

  1. Cepat dalam semua tindakan
  2. Layanan mesra kepada pelanggan
  3. Menepati masa yang dijanjikan
  4. Telus dalam semua peringkat pengurusan
  5. Adil dan saksama dalam pertimbangan
  6. Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh dipercayai (reliability)
  7. Menepati undang-undang, dasar dan peraturan
MAKLUMAT KEKOSONGAN:

Jawatan kosong kerajaan bagi JABATAN PERKHIDMATAN AWAM terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
KELAYAKAN MOHON:

Untuk memohon jawatan kosong kerajaan bagi JABATAN PERKHIDMATAN AWAM , pastikan anda mengikuti langkah memohon jawatan kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti dibawah :

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun dan ke atas
  2. Kepujian Bahasa Melayu, Lulus Matematik peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi dengan baik
  4. Berdisiplin dan bertanggungjawab menjalankan tugas

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)

Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Cukup syarat akademik yang ditetapkan
  • Baik dalam pengurusan masa
  • Komunikasi yang baik
  • Berminat bina kerjaya bersama majikan
  • Berpengetahuan
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

SEDANG TRENDING :

  1. Jawatan Kosong Kerajaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia : 258 Kekosongan
  2. Jawatan Kosong FAMA : Kelayakan Minima PMR/PT3 Ambilan Julai 2024
KELEBIHAN:
  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit dan lain-lain
  • KWSP
  • SOCSO
CARA MOHON:

Klik pautan “IKLAN JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan kosong tersebut.

Jawatan Kosong : Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) ~ 262 Kekosongan Ambilan Julai 2024
Jawatan Kosong : Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) ~ 262 Kekosongan Ambilan Julai 2024

Segala permohonan jawatan kosong kerajaan adalah melalui secara online sahaja. Permohonan hendaklah dihantar sebelum 22 Julai 2024.

Permohonan jawatan boleh dibuat di sini :

SKOP KERJA JAWATAN KOSONG PEMBANTU PERANGKAAN GRED 19:

Berikut merupakan skop kerja dan tanggungjawab bagi jawatan PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 yang telah ditetapkan oleh ketua jabatan :

  1. Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.