Jawatan Kosong Kerani Akaun di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Ini cara untuk memohon

 


Anda berminat untuk menjadi salah satu pasukan dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan untuk tahun 2021? Inilah masanya! Jika anda mempunyai kelayakan dalam bidang akauntan, anda boleh mencuba nasib untuk menjadi sebahagian dari mereka. Jawatan ini memberikan pelbagai insentif dan faedah kepada pekerjanya. Nak tahu dan berminat? 

Sila baca syarat-syarat dan cara permohonan di bawah sebelum buat permohonan:- 


JAWATAN YANG DITAWARKAN

Kerani Akaun (NAFAS AGRI SERVICES SDN.BHD, IBU PEJABAT NAFAS) 

BIDANG TUGAS

  • Bantu Eksekutif Akaun dalam penyediaan akaun 
  • Bantu dari segi proses penutupan akaun dan pengauditan 
  • Merekod, semak dan catat AP, AR, penyedian Bank Reconciliation dan General Ledger. 
  • Buat pemfailan dan memastikan dokumen tersedia serta teratur

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Wargenegara Malaysia 
  2. Berumur kurang dari 35 tahun dari tarikh tutup permohonan. 
  3. Memiliki minima Diploma dalam bidang berkaitan dan setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia. 
  4. Pengalaman lebih setahun dari bidang perakaunan. 
  5. Kesihatan yang baik. 
  6. Bertanggungjawab, proaktif, amanah dan memiliki tatacara komunikasi yang baik. 

CARA MEMOHON

Bagi mereka yang menetapi syarat-syarat kelayakan dan berminat untuk memohon, anda wajib:- 

  1. Menghantar resume lengkap dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan benar ke email yang berikut – 
hr@nafas.com.my

   *Pastikan resume yang dihantar dan sijil-sijil adalah sahih dan betul maklumatnya.
      *Pastikan email yang dihantar bersifat formal dan tiada bahasa rojak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

31 Mac 2021 (Rabu)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi lebih dari 2 bulan dianggap tidak berjaya.

 

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak