Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah. Blog Rojak hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.
Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas(LPNM) : Kelayakan Minima SPM Ambilan Jun 2024
Segala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan.
MAJIKAN & TARIKH TUTUP:
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat jawatan kosong yang ditetapkan adalah layak untuk memohon mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:
- Nama Majikan : Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia(LPNM)
- Lokasi Kekosongan : Sarawak & Johor
- Tarikh Tutup Permohonan : 14 Jun 2024
LATAR BELAKANG MAJIKAN:
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Lembaga Nanas) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu.
Selaras dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Akta 105 – Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama.
Pada 29 Mei 1996, Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk membubarkan Lembaga Nanas dan fungsinya dipindahkan kepada Jabatan Pertanian, FAMA dan MARDI. Perlaksanaan pembubaran dilaksanakan secara berperingkat bagi tempoh 3 tahun tertakluk kepada pembubaran Akta Perindustrian Nanas 1957 (Semakan 1990).
Bagaimanapun, pada 14 Jun 2000, Jemaah Menteri bersetuju untuk mengkaji semula keputusan pembubaran. Oleh itu, pada 15 September 2004, Jemaah Menteri telah membuat keputusan supaya Lembaga Nanas dikekalkan sebagai peneraju pembangunan industri nanas negara dan membatalkan keputusan pembubaran Lembaga Nanas pada 29 Mei 1996.
Selain itu, harta alih dan harta tidak alih yang sedia ada di Lembaga Nanas juga dikekalkan dan semua jawatan.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini ditubuhkan dengan tujuan untuk :
- Meningkatkan nilai eksport produk nanas daripada RM 100 juta kepada RM 700 juta menjelang 2010.
- Menjadikan Malaysia di antara 5 pengeluar nanas utama dunia.
- Menjadikan nanas sebagai produk pilihan utama Malaysia bagi mengurangkan 75% bil import nanas dan produk nanas negara dengan meningkatkan indeks penggunaan nanas sebanyak 5kg/orang/tahun.
- Membangunkan kawasan baru tanaman nanas dengan memberi tumpuan khususnya di negeri Sabah dan Sarawak.
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti hiliran dan huluan yang terdapat di dalam sistem pembekalan nanas.
- Menjalankan R&D (aktiviti-aktiviti hiliran) untuk meningkatkan industri nanas.
- Menentukan kualiti produk dan keselamatan makanan yang berasaskan nanas untuk memperkukuhkan daya saing pengeluaran nanas Malaysia.
Inovasi Produk Dari Buah Nenas
Malaysia adalah salah satu pengeluar nanas terbesar di dunia, industri itu membawa masuk lebih RM600 juta kepada ekonomi negara, menurut Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).
Menurut Dr Aizi, pensyarah kanan dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri UIMPv menggunakan sisa nanas dan mengubahnya menjadi produk nilai tambah boleh menjadi cara paling mampan untuk menguruskan sisa ini kerana sifat dan komposisinya yang berguna.
Tahun 2021, Nike melancarkan koleksi kasut Happy Pineapple menggunakan Pinatex. Jenama seperti H&M dan Hugo Bossjuga telah menggunakan bahan kulit vegan diperbuat daripada sisa nanas sebagai sebahagian daripada langkah mereka ke arah kemampanan.
MAKLUMAT KEKOSONGAN:
Jawatan kosong LEMBAGAI PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
- PEGAWAI HAL EHWAL EKONOMI
- PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI
- PEMBANTU EHWAL EKONOMI
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
- PEMANDU KENDERAAN
KELAYAKAN MOHON:
Untuk memohon jawatan kosong LEMBAGAI PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA, pastikan anda mengikuti langkah memohon jawatan kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti dibawah.
Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)
Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Cukup syarat akademik yang ditetapkan
- Baik dalam pengurusan masa
- Komunikasi yang baik
- Berminat bina kerjaya bersama majikan
- Berpengetahuan
- Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)
SEDANG TRENDING :
KELEBIHAN:
- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti tahunan
- Cuti sakit dan lain-lain
- Dan lain lain
CARA MOHON:
Klik pautan “IKLAN JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan kosong tersebut.
Anda hendaklah menghantar permohonan yang telah lengkap diisi sebelum 14 Jun 2024
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.