Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah. Blog Rojak hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.
Jawatan Kosong PERKESO Malaysia ~ 50 Kekosongan Ambilan Ogos 2024
Segala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan.
MAJIKAN & TARIKH TUTUP:
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat jawatan kosong kerajaan yang ditetapkan adalah layak untuk memohon mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:
- Nama Majikan : Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO)
- Lokasi Kekosongan : Pusat Rehabilitasi PERKESO
- Tarikh Tutup Permohonan : 31 Ogos 2024
LATAR BELAKANG MAJIKAN:
Pertubuhan Keselamatan Sosial merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang telah ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Selain daripada itu, pertubuhan ini juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka.
PERKESO ialah salah satu agensi kerajaan yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).
Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu :
- Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security
Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama SOCSO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Pertubuhan Keselamatan Sosial ini berperanan dalam :
- Mentadbir dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
- Mengurus dan melaksanakan skim perlindungan keselamatan sosial yang diperuntukkan di bawah ke empat-empat Akta
- Memastikan dana keselamatan sosial sentiasa mapan dan kukuh bagi memastikan kelestarian pengoperasian
- Mempromosikan kesedaran perlindungan keselamatan sosial dan pengurusan risiko yang baik menerusi program pencegahan, keselamatan dan pemulihan yang berimpak tinggi kepada semua golongan masyarakat
- Memperluaskan jaringan keselamatan sosial yang lebih inklusif dan sejagat untuk meningkatkan kesedaran keterangkuman kewangan (financial inclusiveness) dan kesejahteraan pelanggan
- Menyampaikan perkhidmatan berkualiti dan efisien melangkaui ekspektasi pelanggan selaras dengan konsep ‘ selaku pengamal keselamatan sosial menerusi pendigitalan pengoperasian
MAKLUMAT KEKOSONGAN:
Jawatan kosong kerajaan terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
- JURURAWAT PUSAT REHABILITASI PERKESO
KELAYAKAN MOHON:
Untuk memohon jawatan kosong, pastikan anda mengikuti langkah memohon jawatan kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai Diploma
Gaji yang ditawarkan adalah : RM3,100 gaji pokok
Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)
Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Cukup syarat akademik yang ditetapkan
- Baik dalam pengurusan masa
- Komunikasi yang baik
- Berminat bina kerjaya bersama majikan
- Berpengetahuan
- Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)
SEDANG TRENDING :
- Jawatan Kosong PERKESO ~ Kelayakan Minima SPM Ambilan Ogos 2024
- Jawatan Kosong JKR ~ 51 Kekosongan Ambilan Ogos 2024
KELEBIHAN:
- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti tahunan
- Cuti sakit dan lain-lain
- KWSP
- SOCSO
CARA MOHON:
Klik pautan “MOHON JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan kosong tersebut.
Segala permohonan jawatan kosong adalah melalui secara online sahaja. Permohonan hendaklah dihantar sebelum 31 Ogos 2024.
SKOP KERJA JAWATAN KOSONG :
Berikut merupakan skop kerja dan tanggungjawab bagi jawatan yang telah ditetapkan oleh ketua jabatan :
Bertanggungjawab membantu dalam aspek :
- Penilaian Pesakit: Melakukan penilaian awal dan berterusan terhadap kesihatan fizikal, emosi, dan psikologi pesakit.
- Perancangan dan Pelaksanaan Penjagaan: Menyelaraskan dengan pasukan pelbagai disiplin untuk memastikan penyampaian penjagaan yang komprehensif dan bersepadu.
- Pendidikan dan Kaunseling Pesakit: Mendidik pesakit dan keluarga mereka tentang keadaan perubatan mereka, pelan rawatan, dan strategi pemulihan.
- Bantuan Mobiliti dan Aktiviti Kehidupan Seharian (ADL): Membantu pesakit dengan mobiliti, pemindahan, dan aktiviti kehidupan seharian, memastikan keselamatan dan keselesaan mereka.
- Pemantauan dan Penilaian: Memantau kemajuan pesakit, tindak balas terhadap rawatan, dan hasil pemulihan.
- Pengurusan Sakit dan Kawalan Simptom: Menilai dan menguruskan kesakitan dan ketidakselesaan pesakit menggunakan intervensi farmakologi dan bukan farmakologi yang sesuai.
- Penjagaan Luka dan Terapi Pemulihan: Memberikan penjagaan luka dan langkah penjagaan kulit pencegahan untuk mempromosikan penyembuhan dan mencegah komplikasi.
- Keselamatan dan Kawalan Jangkitan: Memastikan pematuhan terhadap protokol kawalan jangkitan dan garis panduan keselamatan untuk meminimumkan risiko jangkitan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.
- Galakan dan Sokongan Pesakit: Membela hak, pilihan, dan keperluan pesakit dalam sistem penjagaan kesihatan.
- Pembelajaran Berterusan dan Pembangunan Profesional: Menyertai latihan, program pendidikan berterusan, dan aktiviti pembangunan profesional untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan klinikal.
- Tugas Lain Seperti Yang Diberikan: Melaksanakan sebarang tugas lain yang dianggap perlu oleh majikan.
Waktu bekerja
Jawatan ini mempunyai 3 shif iaitu :
- Pagi : 7.00am – 2.00pm
- Petang : 2.00pm – 9.00pm
- Malam : 9.00pm – 7.00am
Pusat Rehibilati PERKESO
Pusat Rehabilitasi PERKESO Perak yang baharu ini adlah hak milik penuh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia .
Tempat ini adalah sebuah pusat rehabilitasi bertaraf antarabangsa yang mengintegrasikan rawatan Rehabilitasi Perubatan dan Vokasional.
Pusat Rehabilitasi ini dibina dengan motif yang murni ; iaitu untuk membantu Orang Berinsurans PERKESO dan golongan pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional sehingga akhirnya kembali ke alam pekerjaan dan masyarakat dengan keupayaan yang maksimum.
Di sini kami menyediakan program rawatan yang komprehensif, intensif dan efisien di bawah satu bumbung, dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi yang dikendalikan oleh tenaga profesional pelbagai disiplin.
Program yang ditawarkan di Pusat Rehabilitasi ini:
- Fisioterapi, Terapi Carakerja
- Terapi Hidro
- Terapi Pertuturan
- Terapi Robotik
- Terapi Sensori
- Pembangunan Prostetik dan Ortotik
- Work Hardening & Industrial Rehabilitation
Pelbagai latihan kemahiran yang komprehensif juga ditawarkan di Bahagian Vokasional dengan fokus untuk mengembalikan semula golongan pekerja ke alam pekerjaan selepas mengalami hilang upaya.
Pusat ini juga menempatkan Neuro-Robotics Rehabilitation & Cybernics Centre yang dilengkapi dengan Robot Suit HAL® (Hybrid Assistive Limb), iaitu teknologi neuro-robotik terkini dari Cyberdyne Inc. Jepun yang menggabungkan interaksi antara manusia, robot dan informasi.
Pusat Cybernics ini merupakan yang pertama di Malaysia dan rantau ASEAN serta keempat di dunia yang menawarkan perkhidmatan rawatan Cyberdyne HAL kepada klien yang mengalami kecederaan saraf tunjang atau otak seperti lumpuh, penyakit neurodegeneratif dan sebagainya,
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.