Asid adalah suatu sebatian kimia yang terkenal dengan sifat masamnya dan mengakis. Robert Boyle murapakan diantara orang pertama yang mengenalpasti kewujudan bahan ini. Menurut beliau, asid merupakan suatu bahan yang berasa masam, melarutkan banyak bahan lain seperti logam dan kapur, dan menukarkan warna sesetengah tumbuhan.
Satu penunjuk yang mudah yang dapat menentukan keasidan sesuatu sebatian ialah dengan menggunakan meter-pH. Apabila suatu sebatian dilarutkan dalam air dan menunjukkan nilai pH yang kurang daripada 7.0, sebatian itu mungkin boleh dikatakan bersifat mengakis.
Benda yang bersifat asid dan juga bersifat alkali wujud secara semulajadi dan buatan. Contoh asid yang wujud secara semulajadi adalah asid gastrik yang terkandung di dalam sistem pencernaan manusia, buah lemon, buah tomato.
Dan bahan alkali yang wujud secara semulajadi adalah seperti buah tembikai, lobak dan juga sayuran hijau.
Serangan Asid
Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita mengenai seorang pemain bola kebangsaan negara telah diserang oleh individu tidak dikenali. Beliau telah diserang dengan disimbah asid ke atas badannya sehingga menyebabkan kulitnya melecur tahap 4.
Bahan apa yang digunakan oleh penyerang tersebut sehingga mengakibatkan melecur yang teruk seperti itu?
Terdapat tiga jenis bahan yang biasa digunakan oleh penjenayah untuk menyerang mangsa iaitu asid sulfurik, nitrik dan juga hidroklorik.
Asid Sulfurik
Bahan ini biasanya digunakan untuk tujuan pembuatan di kilang seperti pembuatan baja, pemprosesan kumbahan air dan juga penapisan minyak. Bahan ini ialah sejenis bahan mineral yang kuat. Dan sangat reaktif kepada air.
Apabila bahan ini terkena air, ianya akan menggelegak dan menghasilkan haba yang sangat tinggi. Bahan ini telah ditemui oleh seorang ahli sains and alkimia Islam, Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, pada kurun ke-9.
TRENDING SEKARANG
Cairkan Daging Cepat – 3 Cara Terbukti Berkesan
Asid Nitrik
Bahan ini adalah salah satu bahan yang tidak organik yang paling penting dunia sebagai komponen utama baja. Bahan ini adalah salah satu bahan mentah kimia yang paling banyak dihasilkan di dunia.
Bahan ini adalah jenis yang tidak berwarna tetapi berbau sangat tajam. Ia mudah bertindak balas dengan banyak bahan lain dan menghasilkan haba apabila dilarutkan dalam air. Sebilangan besar tindak balas yang melibatkannya adalah meletup.
Kegunaan lain yang kurang popular bagi bahan ini termasuk:
- pengeluaran pewarna organik dan lakuer;
- industri farmaseutikal;
- pengeluaran racun kulat;
- pembersihan dan goresan permukaan logam;
- penapisan logam berharga untuk industri barang kemas;
- penuaan tiruan kayu untuk mendapatkan naungan yang diingini;
- pengeluaran produk pembersihan rumah;
- pengesanan kesan logam dalam bahan ujian makmal.
Kesan Terkena Asid
Bahan pengakis ini sangatlah memudaratkan bagi kesihatan manusia, haiwan dan juga alam sekitar. Jadi penggunaan bahan ini perlu mendapat pengawasan dari mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai kepakaran dengan bahan tersebut.
Antara kesan bila terkena dengan bahan ini adalah :
- Apabila bersentuhan dengan kulit, ia menyebabkan luka bakar yang teruk dan juga nekrosis.
- Sebagai wap, ia menyerang saluran pernafasan, membawa kepada bengkak dan radang paru-paru.
- Jika tertelan, boleh menyebabkan kematian akibat penembusan dinding perut atau usus.
Di bawah ini adalah kesan melecur pada kulit mengikut tahapnya dan juga kesannya.
Melecur Tahap 1
Kesan dari melecur tahap 1, hanya kulit mangsa yang mengalami kesakitan tetapi tidak meninggalkan parut
Melecur Tahap 2
Kesan dari melecur akan meninggalkan kesan parut dan mungkin memerlukan pembedahan. Kesan luka pada tempat yang melecur juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman.
Melecur Tahap 3
Kesan melecur akan lebih sensitif pada sentuhan dan akan terasa sakit bila disentuh kerana ianya menembusi kulit dan isi. Sangat terdedah pada jangkitan kuman dan memerlukan pembedahan untuk memulihkan kulit yang rosak.
Melecur Tahap 4
Kesan melecur tembus sehingga ke otot dan juga tulang. Berkemungkinan kawasan yang melecur tidak dapat dikembalikan.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.