Tahukah anda? Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terus menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban golongan miskin. Bantuan ini adalah Bantuan Am Negeri.
Bantuan ini diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Jumlah Bantuan Am Negeri
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemisinan (PGK) Purata Miskin isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan semua
Cara Membuat Permohonan
Cara permohonan adalah seperti berikut:
Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.