Jualan Live “Cedok-Cedok” Di TikTok Haram? Ini Penjelasannya…

Sekarang tengah trending di tiktok peniaga buat live "cedok-cedok". Tahukah anda, aktiviti jual beli tersebut adalah haram.   Hal ini kerana terdapat unsur "gharar" (penipuan) dan DIHARAMKAN!. Kenapa?

Sekarang tengah trending di tiktok peniaga buat live “cedok-cedok”. Tahukah anda, aktiviti jual beli tersebut adalah haram. 

Hal ini kerana terdapat unsur “gharar” (penipuan) dan DIHARAMKAN!. Kenapa?

1. Pembeli tidak boleh memilih. Penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM80. Pembeli pun decide untuk beli 1 cedok. Jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti adalah random apa yang dicedokkan oleh penjual itu.

2. Menjual dengan cara ini adalah sama seperi jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar Fahisy yang jelas.

3. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhasri  dan Muslim)

4. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana baranagn, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual.

Dan tidak boleh lagi ada pilihan.

Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah

5. Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar!

Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). 

Gharar adalah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah).



6. Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.

Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastiklan barangan diperoleh atau tidak.

7. Cedok-cedok adalah sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar.

ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti  dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi

8. hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini.

Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.

9. Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula2 je.. Oleh kerana by strcuture ia adalah gharar maka ia tetap haram

Wallahualaum…

Sumber: Ahmad Sufyan Che Abdullah (Muamalatmy)