Pernahkah anda mengalami kejadian ketika hendak mengeluarkan tunai daripada mesin ATM tetapi ditolak? Kemungkinan ini kerana kad ATM anda telah disekat. Banyak perkara yang menyebabkan kad ATM anda disekat salah satunya dengan meletakkan pin yang salah beberapa kali ketika di mesin ATM.
Oleh itu, kami dari Blog Rojak akan berkongsi kepada anda jalan penyelesaian untuk unlock kad ATM anda.
Cara Unlock Kad ATM
Untuk unlock kad ATM anda, anda perlulah menghubungi pusat panggilan bank anda di talian:
- MAYBANK : 1300-88-6688
- CIMB: +603-6204 7788
- RHB: 03-9206 8118
- BSN: 1300-88-1900 / 03-2613 1900 (luar negara)
- PUBLIC BANK: 03-2176 8000
- BANK ISLAM: 03-2088 8000
Pihak bank akan sedia membantu anda 24 jam sehari dan pastikan anda sediakan kad debit/kredit, kad pengenalan dan buku bank.
Pegawai bank akan bertanya beberapa soalan mengenai data peribadi anda bagi pengesahan data.
Dan soalan yang selalu diajukan adalah seperti :
- Nombor akaun
- Nama penuh
- Nombor kad ATM anda
Setelah itu, permohonan anda diproses dan kad ATM anda yang telah disekat kini boleh digunakan semula.