Kelonggaran i-Sinar Secara Bersasar Wajar Dilakukan -Pakar Ekonomi

Kelonggaran bagi mengeluaran duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar untuk golongan yang terkesan wajar dilakukan oleh kerajaan.

Menurut Pakar Ekonomi Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP hendaklah mengenal pasti golongan yang terkesan dalam pandemik Covid-19.

Kelonggaran tersebut kata beliau, wajar dilaksanakan bagi mengelakkan golongan tersebut terlibat dengan aktiviti peminjaman wang haram.

“Benarkan orang yang betul-betul susah keluarkan i-Sinar ini kerana mahu menampung kehidupan masa kini dan masa depan yang belum tentu lagi.

“Ini kerana kita risau, kalau dia tidak dapat keluarkan duit i-Sinar, mereka akan pergi cari ah long, dah tambah masalah pula sebab nak pinjam daripada bank tak boleh.”



“Jadinya, bagilah kelonggaran sebab tua itu belum pasti berlaku, sekarang ini yang kita tengah hadapi kesusahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Selasa, kerajaan disaran melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengeluaran caruman daripada KWSP untuk i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 cuma membawa penurunan 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan aset tabungan itu.

Dalam pada itu, Shazali berkata, keperluan rakyat adalah yang utama berbanding prestasi semasa KWSP.

Sehubungan itu, KWSP perlu lebih kreatif dalam mengawal prestasi untuk diagihkan kepada pencarum.

Sumber: Sinar Harian

4 thoughts on “Kelonggaran i-Sinar Secara Bersasar Wajar Dilakukan -Pakar Ekonomi”

  1. Sangat2 setuju isinar dteruskn sya hilang pendapatan hilang pekerjaan pada mulanya convid 19 tahun lepas bantuan yg dsebut pun sya tak dapat semua bantuan untuk b40 sja sya tak da kja tak pasal2x trgolongan m40 itu saja harapan saya untuk trus hidup.brgantung kepada simpanan kwsp mohon dteruskan atau dsmbung semulq isinar 2.0.

Comments are closed.