Kenaikan Gaji Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 Pada Oktober

Kenaikan Gaji Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 Pada Oktober

PUTRAJAYA : Kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum pembetangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sudah terlalu lama tiada penyelerasan kenaikan gaji kepada penjawat awam.

Pengumuman tersebut juga bertepatan dengan bebanan kerja, serta ekonomi semasa.

“…kita harapkan mereka (penjawat awam) bekerja lebih kuat, sudah berbelas tahun tak ada kajian dan ganjaran yang adil.

Kenaikan Gaji Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 Pada Oktober

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Merupakan Tanggungjawab Kerajaan

Menurutnya Anwar, beliau tidak akan bertolak ansur kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam.

“Sebab itu saya semalam di parlimen apabila ditegur saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan Insya-Allah saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini,” Katanya,

Anwar berkata demikian di dalam ucapannya apa majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Ceme rlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri pada 26 Jun 2024.

SUMBER : Awani, Majlis Keselamatan Negara

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment