Kenapa Perlu Daftar PADU? Ini Sebab Serta Kepentingannya!
PADU adalah sebuah sistem pangkalan data yang mengumpulkan profil individu dan isi rumah.
Sistem ini mengitegrasi pelbagai sumber dan dikemas kini dan semasa ke semasa untuk tujuan memastikan insentif kerajaan terutama subsidi dapat disalurkan kepada individu yang benar-benar layak dan memerlukan.
Pada awal pengenalan sistem, pelbagai pendapat dan reaksi telah diperolehi. Antaranya isu keselamatan dan integrasi data, selain akauntabiliti dan etika individu. Ini menuntut agar pihak berwajib melihat semula sistem ini jika ia sesuai digunakan selagi mana isu berkenaan tidak diselesaikan segera.
Melihat kepada inisiatif kerajaan yang telah diberikan sejak dahulu lagi, inisiatif diberikan tanpa mengira latar belakang sosioekonomi contohnya seperti subsidi yang dinikmati oleh semua masyarakat.
Pemberian subsidi ini dikhuatiri menyebabkan jurang sosioekonomi rakyat semakin melebar apabila penyaluran subsidi tidak mengikut konsep kesaksamaan.
Dalam konteks ini, inisiatif seperti subsidi diberikan keutamaan kepada mereka yang layak terutamanya dalam golongan B40 dan M40. Golongan T20 juga berhak untuk menikmati pemberian memandangkan menjadi pembayar cukai.
Justeru itu, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan.
Namun begitu, masih ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu daftar PADU? , apakah kepentingannya? Dan apa yang akan terjadi sekiranya tidak mendaftar PADU? Di sini kami kongsikan.
Kenapa Perlu Daftar PADU? Ini 7 Manfaatnya!
1. Menambah baik pengurusan bantuan dan subsidi secara bersasar.
Ini termasuklah pelaksanaan subsidi ke atas petrol, diesel, elektrik dan tol.
PADU akan dijadikan sebagai sumber rujukan berpusat yang menentukan kumpulan sasar yang layak menerima bantuan dan subsidi serta mengurangkan ralat kemasukan (inclusion) dan pengecualian (exclusion) sekaligus meminimumkan keciciran dan ketidaktepatan kumpukan sasar.
2. Memantapkan pengurusan bencana dan krisis.
Lokasi dan profil individu yang terkesan akibat bencana dapat dikenalpasti dan dianalisis menerusi sistem PADU. Ini menjadikan penyaluran bantuan lebih cekap.
Contoh terbaik adalah negara Korea Selatan dalam menangani krisis pandemik. Penggunaan teknologi dan data inovatif membolehkan mereka mempercepatkan pengesanan, pemantauan dan pengurusan krisis.
3. Menangani isu ketidaksepadanan pekerjaan dan pendidikan.
Dengan membuat semakan, pengemaskinian maklumat di Portal PADU, maklumat seperti pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan geografi akan menjadi inpu analisis kerajaan bagi mengenalpasti individu yang mengalami isu ketidaksepadanan pekerjaan.
Ini meliputi ketidaksepadanan mengenak (tahap pendidikan), melintang (ketidakpadanan kursus / bidang pekerjaan) dan geografi (lokasi / negeri / mukim).
Maklumat ini akan digunakan dalam pembentukan dasar sumber manusia dan program intervensi pasaran buruh yang lebih efisien, seiring dengan kerangka Ekonomi MADANI.
4. Mempersiapkan negara bagi menghadapi penduduk menua.
Malaysia kini, peringkat masyarakatnya adalah 7.4 peratus penduduk menua.
Melalui sistem ini, pembentukan dasar kependudukan yang optimum dari segi keselamatan sosial dan pencen, merancang perkhidmatan penjagaan kesihatan bersesuaian dengan keperluan, seterusnya mencipta program atau latihan meningkat kemahiran pekerja sekaligus dapat meningkatkan pembabitan warga emas dalam pasaran buruh.
5. Menjadi input mengenalpasti dan mengatasi kesenjangan jaringan perlindungan sosial masyarat.
Statistik menunjukkan lebih 40 peratus penduduk bekerja Malaysia tidak dilindungi daripada sebarang musibah pekerjaan jika dibandingkan dengan 16.3 juta penduduk bekerja.
Begitu juga dengan isu ketidakcukupan simpanan wang persaraan yang berada pada tahap serius apabila 6.3 juta ahli di bawah usia 55 tahun atau 48 peratus daripada keseluruhan pencarum mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 setakat 30 September 2023.
Melalui PADU, sistem perlindungan sosial rakyat dapat dikukuhkan.
6. Berpotensi menyokong pengurusan belanjawan lebih strategik menerusi pengurusan subsidi dan bantuan lebih bersasar.
Dalam Belanjawan 2023, sebanyak 74.8 peratus bajet mengurus yang mana 22.1 peratus daripadanya diperuntukkan untuk subsidi dan bantuan sosial.
Melalui pelaksanaan subsidi dan bantuan bersasar, penjimatan perbelanjaan dapat diperolehi.
7. Pemangkin kepada Kerajaan Digital
Melalui penggunaan data dan analitik, PADU akan mengemudi transformasi digital kerajaan yang lebih bermaklumat, bermanfaat serta berkesan sebagai salah satu e-khidmat kerajaan merangkumi:
- Menyelaras perkhidmatan dengan lebih teratur, holistik dan mempunyai impak signifikan kepada kumpulan sasar. Ini mendorong kerajaan ke arah pembangunan dan usaha kemapanan lebih baik bagi meningkatkan kualiti taraf hidup.
- Menangani cabaran membangunkan negara ke arah lebih baik seperti mengurangkan penyebaran penyakit, menangani perubahan iklim dan lain-lain.
Cara Membuat Pendaftaran
Pendaftaran boleh dibuat di Portal Rasmi Sistem Pangkalan Data Utama iaitu https://padu.gov.my/
Berikut adalah 3 langkah mudah untuk membuat pendaftaran PADU: (Rujuk gambar di bawah)
Maklumat penuh cara untuk membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat di Sistem Pangkalan Data Utama boleh rujuk DI SINI
Sekiranya ketika membuat pengesahan identiti gagal, anda hanya perlu ikuti 3 langkah ini DI SINI
Tempoh Pendaftaran
Pendaftaran dibuka bermula 3 Januari sehingga 31 Mac 2024.
Untuk penjawat awam, diminta untuk membuat kemaskini maklumat selewat-lewatnya pada 15 Februari 2024.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Sistem Pangkalan Data Utama.
SUMBER : NADI BANGI UKM (PADU JAMIN 7 MANFAAT BUAT RAKYAT)
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.