Kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan yang ingin memiliki rumah namun tidak berkemampuan, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan satu inisiatif baharu bagi membantu golongan B40 di Wilayah Persekutuan memilik rumah iaitu Residensi Prihatin.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, Residensi Prihatin adalah program Perumahan Mampu Milik bagi golongan B40 yang mana perumahan tersebut akan dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Tujuan utama Residensi Prihatin diperkenalkan adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana memiliki rumah pertama mereka di Wilayah Persekutuan dengan kos yang mampu dimiliki.
Kementerian Wilayah Persekutuan mensasarkan untuk membina 10,000 unit rumah Residensi Prihatin di di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tempoh 3 tahun mulai 2021 hingga 2024.
Dengan pelaksanaan Residensi Prihatin, projek ini merupakan pelengkap kepada program sedia ada dalam usaha Kerajaan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.
Syarat Kelayakan;
- Pemohon adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
- Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.
- Sekatan penjualan (moratorium) rumah tersebut adalah selama 10 tahun.
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Permohonan adalah untuk rumah pertama sahaja.
- Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin.
- Jika pemohon sebelum ini telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP), mereka tidak boleh memohon projek Residensi Prihatin.
Cara Memohon
Bagi pemohon yang ingin memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar Minat.’
- Kemudian, klik butang ‘Saya Layak.’
- Lengkapkan maklumat dan profil peribadi.
- Pilih projek yang diminati.
- Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
- Muat naik Dokumen Permohonan.
- Kemudian, sahkan profil dan dokumen sokongan tersebut.
Dokumen Permohonan
Dokumen permohonan perlu dimuat naik di dalam Portal Residensi Prihatin bagi melengkapkan permohonan.
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Segala pertanyaan mengenai Residensi Prihatin boleh disalurkan melalui talian 03-8889 7640 atau email urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my.
Maklumat lanjut mengenai Residensi Prihatin boleh dilihat melalui laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/.