Adakah anda seorang ibu tunggal yang memerlukan? Kini, dengan bantuan khas dari program PENJANA, ibu tunggal yang layak boleh mendapat bantuan khas ibu tunggal sebanyak RM300 secara on-off. Bolehlah tambah serba sedikit bekalan harian kan? Sebelum membuat permohonan, anda perlulah mematuhi syarat-syarat di bawah dan baca cara permohonan dengan teliti:-
JUMLAH BANTUAN
RM300 akan diberikan kepada mereka yang layak.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.
Pemohon wajib berjantina perempuan (Warganegara) dan menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
i.Taraf perkahwinan adalah balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
ii.Punyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
iii.Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Cara-cara permohonan
Muat turun borang permohonan ibu tunggal iaitu borang JKM18 secara online, muat turun borang BIKT di sini :
www.jkm.gov.my
Anda juga boleh datang dan hadir di mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM di tempat tinggal anda bersama-sama borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen penting yang diperlukan.
Maklumat lanjut mengenai bantuan sila klik di sini.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan boleh dikemukakan sehingga Oktober 2021
INFO TAMBAHAN
- Bayaran akan dikreditkan pada Julai 2021.
- Untuk sebarang info tambahan, anda boleh klik di sini dan layari laman web yang dipaparkan.