Konflik Israel-Palestin : Masjid dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah

Konflik Israel-Palestin : Masjid dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah

GAZA: Sebuah masjid di Palestin yang dibina hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia musnah, selepas dibom oleh tentera rejim Israel, Sabtu lalu.

Dalam catatan Facebook, Muslim Care Malaysia Society berkata, Masjid Muhammad Al Amin dibina pada 2013 dengan pembiayaan yang dikutip daripada orang ramai.

Konflik Israel-Palestin
Konflik Israel-Palestin : Masjid dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah

“Hati kami hancur melihat masjid tersergam indah yang dibiayai oleh rakyat Malaysia musnah akibat serangan bom oleh Israel.

“Pada penghujung 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina masjid yang luas dan cantik untuk rakyat Palestin.

“Malangnya, di sebalik semua usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, Masjid Muhammad Al Amin diratakan sepenuhnya dan tidak boleh digunakan lagi,” menurut hantaran itu.

Ia berkata, lebih banyak bantuan dan sokongan akan disalurkan untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Konflik Israel-Palestin
Konflik Israel-Palestin : Masjid dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia

“Walaupun musnah, semangat jihad umat Islam tidak akan pernah pudar.

“Sekuat mana semangat saudara kita di Palestin, begitu juga dengan kekuatan hati kita untuk kita semua akan terus bersatu,” katanya.

Sayap tentera Hamas, Briged Al Qassam, melakukan serangan kompleks menyasarkan penempatan Israel berhampiran Gaza dengan melancarkan lebih 5,000 roket, ‘mengejutkan’ Israel pada awal pagi Sabtu lalu.

Mereka kemudiannya disertai oleh pejuang Jihad Islam Palestin dan kumpulan pejuang Palestin lain dari Gaza menyusup masuk ke kawasan sempadan dan bertempur dengan tentera Israel.

Serangan yang dinamakan oleh Hamas sebagai ‘Banjir Al Aqsa’, membuahkan hasil apabila mereka berjaya menguasai penempatan Israel di sempadan.

Sebagai tindak balas, tentera Israel melancarkan ‘Operasi Pedang Besi’ terhadap pejuang Hamas.

SUMBER: Berita Harian (Konflik Israel-Palestin)

Anda Mungkin Berminat:

Konflik Israel-Palestin

KUALA LUMPUR: Pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas mengisytiharkan serangan balas terhadap pencerobohan rejim Israel di Palestin.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif berkata Israel tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.

“Kami telah memberi amaran kepada pihak Israel sebelum ini. Mereka menyerang Morabitun (Jawatankuasa Penjaga al-Aqsa) dan penjaga-penjaga Masjid al-Aqsa, dan kami telah beri amaran supaya mereka hentikan tindakan itu. Israel berani mencemarkan kesucian Masjid al-Aqsa.

“Ratusan warga Palestin cedera dan mati syahid tahun ini akibat jenayah yang dilakukan oleh penceroboh Israel.

“Pada masa yang sama, jenayah oleh penceroboh itu berterusan dengan melancarkan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kumpulan pembebasan Palestin membuat keputusan untuk menoktahkan segala jenayah yang dilakukan oleh penceroboh Israel, dan mengumumkan bermulanya operasi Al-Aqsa (Operation Al-Aqsa Flood).

Operasi tersebut akan menyasarkan lapangan terbang dan kubu tentera, dengan menggunakan lebih 5,000 peluru berpandu.

Muhammad Al-Deif turut menyeru semua pejuang pembebasan untuk melancarkan serangan ke atas pendudukan Israel dengan apa cara dan peralatan yang ada, sekali gus menamatkan koordinasi keselamatan dengan pihak Israel.

Ujarnya, rakyat al-Quds perlu bangkit menyokong Masjid Al-Aqsa dengan mengusir tentera penceroboh dan pendudukan haram dari Al-Quds dan memusnahkan tembok-tembok pemisah.

“Kepada rakyat al-Quds. bangkitlah menyokong Masjid Al-Aqsa. Usir angkatan penceroboh dan pendudukan haram dari Al-Quds. Musnahkan tembok-tembok pemisah.

“Kepada penduduk di kawasan diceroboh, nyalakan api di kaki penceroboh dan biar musuh faham bahawa operasi al-Aqsa lebih besar daripada apa yang mereka jangkakan.

“Hari ini, semua orang yang ada senjata perlu keluarkannya. Ini masa untuk mengangkat senjata. Setiap daripada kami perlu keluarkan trak, kereta atau kapak. Hari ini, sejarah membuka lembaran yang paling cerah dan mulia,” katanya lagi.

Muhammad Al-Deif berkata Inilah masanya untuk semua warga Arab dan kekuatan Islam bersatu, mengusir penceroboh dari tanah suci dan tanahair Palestin.

“Kepada umat Arab dan Islam, beraraklah ke Palestin dan jangan biarkan sempadan, peraturan atau sekatan menghalang anda daripada mengecapi kemulian berjihad dan menyertai pembebasan Al-Aqsa,” katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan operasi ini sebagai yang terakhir kepada sebuah revolusi dan pengakhiran kepada pencerobohan oleh rejim Zionis.

SUMBER: Awani (Konflik Israel-Palestin)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.