Kurma Ajwa : Ketahui 6 Khasiat & Kelebihannya

Kurma Ajwa : Ketahui Khasiat & Kelebihannya

Kurma Ajwa merupakan salah satu kurma yang paling terkenal dikalangan umat Islam di seluruh dunia, ini kerana kurma ini mempunyai khasiat dan kelebihannya yang tidak ada pada jenis kurma yang lain.

Kurma Ajwa juga dipanggil sebagai kurma Nabi. Kurma yang sangat istimewa kerana ianya sejenis kurma yang hanya boleh hidup di tanah yang penuh keberkatan Madinah Al-Munawwarah. Oleh kerana itu, harga kurma ini tidaklah murah seperti kurma lain yang diimport dari negara seperti Iran, Mesir, dan negara timur tengah yang lain.

Kurma ini sangat sinonim dengan bulan Ramadan, kerana telah menjadi kebiasaan dan juga menjadi salah-satu sunnah Nabi SAW yang diamalkan oleh umat Islam.

Kurma Ajwa : Ketahui Khasiat & Kelebihannya
Kurma Ajwa : Ketahui Khasiat & Kelebihannya

Ciri-Ciri Kurma Ajwa

Kurma Ajwa mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri berbeza dengan kurma jenis lain yang tumbuh di tanah Madinah Al-Munawwarah. Antara cirinya :

  1. Warnanya kehitaman

    Tidak seperti buah kurma lain yang kebanyakkan yang berwarna coklat, kurma ini mudah dicam kerana warnanya yang hitam gelap
  2. Mempunyai 3 size :
    a) Kecil b) Sederhana c) Besar
  3. Bentuknya hampir kepada bulat – berbeza dengan kurma jenis lain yang kebanyakkannya berbentuk lonjong. Kurma ini berbentuk gemuk dan tebal
  4. Tekstur lembut dan basah baunya harum

    Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyatakan bahawa kurma Ajwa Madinah ialah kurma yang paling bermanfaat di Tanah Hijaz secara umumnya, bentuknya baik, isinya padat dan kuat, termasuk juga antara kurma yang paling lazat, lembut dan harum.
Size kurma Ajwah mengikut Gred

Khasiat Kurma Ajwa

Di dalam kurma Nabi terkandung pelbagai jenis vitamin dan nutrisi menjadikan kurma Ajwa sesuai dinikmati untuk menambah tenaga. Antara khasiat kurma Nabi :

  1. Sumber serat

    Dapat melancarkan saluran pencernaan dan mencegah sembelit. Secara saintifik, jika seseorang makan 7 biji kurma setiap hari, ia dapat membantu sistem pencernaan seterusnya dapat membuang air besar secara teratur.
  2. Antioksidan

    Kurma mengandungi antioksidan yang tinggi dikenali sebagai flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan seterusnya dapat mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.
  3. Kesihatan seksual

    Kurma juga mempunyai kadar estradiol dan flavonoid yang tinggi yang mana nutisi ini dapat membantu untuk kaum lelaki meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.
  4. Meningkatkan daya ingatan

    Kajian menunjukkan individu yang makan kurma dapat mengurangkan radang pada otak sekali gus mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Ia juga dapat meningkatkan daya ingatan.

Kelebihan Kurma Ajwah

Sebagai kurma yang diberi gelaran kurma Nabi, tentunya kurma ini mempunyai kelebihan serta berkat yang tidak ada pada kurma lain. Antara kelebihan yang menjadikan kurma Nabi sebagai kurma yang paling Istimewa adalah :

  1. Sebagai Penawar Sihir

    Di dalam kitab Sahih Albukhari & Muslim, Nabi SAW bersabda :

    مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

    Maksudnya: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”
  2. Sebagai Penawar Racun

    Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

    إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَةِ

    Maksudnya: “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.”

SEDANG TRENDING ========
Beli di sini promo kurma Ajwa RM20

Telah jelas kelebihan dan keistimewaan tentang kurma Nabi yang mana tidak dapat diperoleh dari mana-mana kurma lain yang ada di dunia ini. Sunnah memakan kurma Nabi yang perlu kita amalkan lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan ini, bulan Ramadan.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Mengikut Negeri Tahun 2024

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka puasa mengikut negeri tahun 2024, anda boleh ‘klik’ mengikut negeri tempat anda menetap:

Doa Berbuka Puasa

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2024 (Sabah)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.