Ketika ini, kita dapat melihat kebanyakan rakyat amat memerlukan bantuan sosial dari kerajaan, memandangkan ramai yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan. Selain daripada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), apa yang paling penting untuk rakyat adalah pengeluaran i-Sinar.
Semalam KWSP telah melakukan mengumuman yang mengatakan bayaran i-Sinar untuk bulan Jun akan mula dikreditkan pada 1 Jun 2021. Melalui pengumuman yang dilakukan pada Facebook Rasmi KWSP, bayaran tersebut akan dibuat secara berperingkat sehingga 9 Jun 2021.
Pengkreditan amaun yang anda tuntut ke akaun bank adalah dalam masa 1 sehingga 5 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank korang. Maksudnya, KWSP akan buat pindahan wang ke bank korang dan di dalam tempoh 1 sehingga 5 hari bekerja, bank pula akan buat pindahan ke akaun bank korang. Benda ni akan memakan masa dalam 1-2 minggu jugaklah.
RUJUKAN: FACEBOOK RASMI KWSP
Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Jun 2021
Untuk korang yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Jun 2021 dan bulan seterusnya, sila rujuk langkah di bawah;
1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
2. Semak bahagian PENGELUARAN/WITHDRAWAL Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’ Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar.
Semoga artikel ini dapat membantu korang dalam merancang kewangan melalui pengeluaran i-Sinar. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka yang mungkin memerlukan informasi berkaitan i-Sinar.
Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak