KWSP mengumumkan Fasiliti Sokongan Akaun 2(FSA2) diteruskan lagi tahun ini. Pada akhir bulan Februari yang lalu, Maybank dan juga CIMB Bank telah pun menawarkan untuk bekerjasama dengan pihak KWSP berkaitan FSA2 ini. Yang mana bank-bank tersebut mempunyai syarat dan kadar yang tersendiri.
Apa itu KWSP FSA2?
Menurut KWSP, FSA2 adalah salah satu cara yang membolehkan pencarum KWSP membuat pengeluaran awal umur 50 sehingga 55 tahun untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbank.
Ataupun dalam erti kata yang mudah, FSA2 adalah satu bentuk pinjaman peribadi yang mempunyai syarat-syarat tertentu dengan kadar.
Mengapa Kerajaan Mewujudkan FSA2?
Semua sedia maklum bahawa akaun KWSP diwujudkan adalah sebagai tabung simpanan yang hanya boleh diakses ketika pencarum telah pun bersara. Beberapa kali juga kerajaan telah pun membenarkan pengeluaran dari akaun 2 sepanjang tempoh 3 tahun.
Ini seterusnya mendatangkan kerisauan sekiranya para pencarum telah menggunapakai tabungan yang ada sehingga tidak ada lagi simpanan untuk hari kemudian.
Statistik menunjukkan purata simpanan pencarum tidak pun mencapai RM100,000 di dalam akaun 1. Jadi FSA2 diwujudkan bagi pencarum untuk meminjam dengan pihak bank tanpa mengganggu simpanan yang sedia ada.
Para pencarum hendaklah membuat penilaian kesedaran dan kefahaman yang tepat mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 dengan institusi perbankan sebelum ahli membuat keputusan sama ada perlu meneruskan permohonan pembiayaan peribadi atau sebaliknya.
Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan nasihat kewangan secara terus daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu
SEDANG TRENDING ========
Cara Mendaftar PADU
Syarat-Syarat KWSP FSA2
- Warganegara Malaysia
- Berumur 40 tahun & ke atas tetapi belum mencapai umur 55 tahun
- Permohonan adalah sekali sahaja – Anda tidak boleh mengubah fikiran selepas menghantar jumlah permohonan pengeluaran awal
- Simpanan di dalam Akaun 2 KWSP anda tidak kurang dari RM3,000
- Pengeluaran maksimum adalah RM50,000 tertakluk pada terma dan syarat bank
- Memenuhi terma dan syarat dari pihak bank
Bank yang terlibat dengan KWSP FSA2 :
Sila klik pada bank di atas untuk membaca terma dan syarat mengikut bank
Cara Semak Baki Akaun 2 KWSP
Ahli yang berdaftar boleh membuat semakan jumlah simpanan Akaun 2 melalui 2 cara iaitu :
- i-Akaun (Ahli) / Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau
- Self-Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP.
Anda boleh muat turun aplikasi i-Akaun di sini : Android, Apple
Bagaimana FSA2 Berfungsi?
FSA2 berfungsi seperti pinjaman peribadi. Namun apa yang membezakannya adalah :
- Kadar keuntungan yang diambil oleh bank yang terlibat dengan FSA2 adalah lebih rendah iaitu 4% – 5%.
- Berbandingan jika anda melakukan pembiyaan peribadi secara terus dari bank, kadar keuntungan yang diambil dari pihak bank adalah lebih tinggi iaitu sehingga 8% – 14%.
- Situasi 1 : Pinjaman FSA2
Andaikan anda meminjam dari bank RM10,000 melalui FSA2, dan pembiayaan selama 10 tahun. Jumlah yang anda perlu bayar sebulan selama 10 tahun adalah RM103.64.
Dengan jumlah pembayaran adalah RM12,436.80. Bank mendapat keuntungan sebanyak RM2,436.80. - Situasi 2 : Pinjaman peribadi terus melalui bank
Andaikan anda meminjam terus dari bank RM10,000, dan pembiayaan selama 10 tahun. Jumlah yang anda perlu bayar sebulan selama 10 tahun adalah RM143.47.
Dengan jumlah pembayaran adalah RM17,216.40. Bank mendapat keuntungan sebanyak RM7,216.40. - Sekiranya anda membuat pengeluaran melalui FSA2 dan pada masa itu anda telah pun berpencen dan mempunyai baki pembayaran, pihak bank hanya akan mengambil baki pinjaman di akaun 2 anda dan tidak akan mengambil lebih dari pada jumlah yang anda berhutang.
- FSA2 adalah untuk pencarum yang betul-betul memerlukan duit tunai dengan kadar segera dan bukannya untuk membiayai perkara-perkara yang bukan keperluan.
SEDANG TRENDING ========
Beli di sini promo kurma Ajwa RM20
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.