Pemegang Lesen B1 Dan B2 Lebih 10 Tahun Boleh Mohon Lesen B Penuh Bermula 1 Oktober
PUTRAJAYA : Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 lebih daripada 10 tahun layak untuk menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober 2024.
Walaubagaimanapun, pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan antaranya menghadiri serta lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu dengan kos yuran sebanyak RM160.
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pemohon juga perlu menjadli program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar, untuk tempoh dua jam sahaja.
“Melalui program amali itu, pemohon mesti mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh ‘Qualified Training Officer’ di Institut Memandu (IM).
Pengesahan ini amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang untuk mengendalikan motosikal berkuasa besar, demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan individu terbabit,” katanya.
TENGAH TRENDING:—————————
———————————————————
Ikuti Group Whatsapp Kami Untuk Mendapatkan Info Terkini Bantuan 2024.
Anthony Loke berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Kementerian Pengangkutan.
Beliau berkata, syarat program supaya pemohon perlu memiliki LLM kelas B1 atau B2 secara aktif berterusan minimum 10 tahun adalah penting untuk memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.
Syarat lain adalah pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekos sabaitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
“Pemohon perlu membuat pengesahan sihat tubuh badan, fizikal dan minda secara deklarasi kendiri,” katanya.
Loke berkata, buat masa ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedanf di fasa akhir persiapan untuk memperkenalkan program peralihan berkenaan, termasuk melaksanakan semua perubahan sistem dan penyelerasan dengan pihak IM.
Katanya, program khas peralihan ini tidak mempunyai tempoh masa tamat dan akan diteruskan sehingga satu tempoh yang akan ditentukan dan dimaklukan kemudian.
“Sebelum ini kos mendapatkan LLM Kelas B Penuh adalah RM900, perlu kelas teori selama dua jam dan latihan litar selama 9.5 jam.
Ketika ini, terdapat lebih 10 juta pemegang LLM Kelas B2,” Katanya.
Sementara itu, Loke berkata, kementerian memutuskan untuk menggabungkan LLM Kelas B1 dan B, mengambil kira permintaan mendapatkan LMM Kelas B1 adalah renda pada setiap tahun kerana orang ramai akan terus memilih untuk mendapatkan Kelas B sahaja.
Oleh itu, bermula 1 Oktober ini, tiada lagi program mendapatkan LMM kelas B1 di IM akan dibuka kepada orang ramai.
“Dengan mendapatkan LMM motosikal kelas B, individu layak memandu semua kuasa (CC) mototsikal tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah sahaja bagi kelas B1.
Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal di kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas di atas bagi mendapatkan kelas B,” katanya.
Sumber : HMetro
Ringkasan Cara Permohonan Lesen Kelas B Penuh Kepada Pemegang LLM B1, B2 Yang Melebihi 10 tahun
Pemohon yang ingin membuat pertukaran lesen B1 dan B2 kepada lesen B penuh, pemohon hendaklah menyertai Program Peralihan Khas yang akan dibuka nanti di Institut Memandu.
Jumlah Bayaran Program
Yuran yang ditetapkan adalah sebanyak RM160.
Syarat Permohonan Program
Berikut adalah syarat permohonan program:
- Pemegang LLM B1 atau B2 melebihi tempoh 10 tahun.
- Pemohon perlu menghadiri serta lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas.
- Pemohon perlu menjalani program amali penunggangan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh 2 jam
Syarat lain adalah:
- Pemohon perlu membuat pengesahan sihat tubuh badan, fizikal dan minda secar deklarasi kendiri.
- Bebas daripada sebarang senarai hitam
- Bebas daripada tunggakan sama
- Bebas daripada sekatan urus niaga
- Bebas daripada rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.