Wow, saban hari Kerajaan ada mengumumkan pelbagai bantuan khas dan insentif bagi rakyat Malaysia agar dapat mendepani segala cabaran wabak Covid-19. Salah satunya ialah Subsidi Pembelian Telefon bernilai RM300 untuk mereka yang menepati syarat kelayakan lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai anak ramai dan memerlukan pembelajaran selesa melalui telefon pintar. Wow, ini memang peluang keemasan bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan.
Selain dari membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan dalam inisiatif PEMERKASA juga ingin mengurangkan jurang teknologi antara kita semua, dan memudahkan sesiapa pun untuk mendapatkan telefon pintar bagi mengetahui isu semasa, memudahkan komunikasi dan merapatkan hubungan silaturahim.
Setakat yang dari maklumat yang kami dapati berikut merupakan maklumat-maklumat mengenai subsidi ini:-
SYARAT KELAYAKAN
- Golongan B40 yang memerlukan.
- Isi rumah yang mempunyai anak yang ramai, bersekolah dan memerlukan telefon pintar.
CARA PERMOHONAN
*Jika terdapat sebarang informasi terkini mengenai subsidi ini, kami akan cuba kemaskini secepatnya.
TARIKH PEMBAYARAN/PERMOHONAN SUBSIDI
Awal/Pertengahan Bulan Mei