Masih BELUM TERIMA BPR FASA 1 walaupun PERMOHONAN DITERIMA? Ini sebabnya

 

Anda bukan penerima Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 1? Mungkin anda ternanti-nantikan status permohonan anda, samaada akan diterima ataupun tidak. Mereka yang tidak menerima lagi BPR Fasa 2 selalunya mereka yang telah mengemaskini status, tergolong dalam golongan M40 ataupun mereka yang baharu saja berkahwin. 

Oleh itu, untuk menghilangkan segala keraguan dan pertanyaan di minda anda. Di sini, kami bawahkan maklumat-maklumat terperinci mengenai status BPR yang buat ramai tertanya-tanya. Jom lihat status anda berada di tahap yang mana:- 

MAKSUD BPR ”PERMOHONAN DITERIMA”

Apabila anda sudah membuat permohonan baharu, semakan status anda akan memaparkan ayat “PERMOHONAN DITERIMA”. Keadaan ini mempunyai dua situasi, dimana ia akan terjadi kepada:- 

  • PERMOHONAN LAMA

Sekiranya anda merupakan pemohon lama yang pernah membuat permohonan BSH dan BPN 2.0, anda akan boleh lihat status Permohonan Diterima secara automatik. Penerimaan bayaran FASA 1 BPR juga akan diperolehi tanpa masalah. 

Contoh:

STATUS PERMOHONAN : PERMOHONAN DITERIMA

“Permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan BPR 2021 bagi bayaran seterusnya. Maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) – Pembayaran Fasa 1 BPR 2021.”

  • PERMOHONAN BAHARU 
Bagi mereka yang baharu membuat pengemaskinian melalui portal BPR, anda juga akan melihat paparan “Permohonan Diterima”. Biasanya mereka yang baharu sahaja membuat permohonan ini, tidak akan menerima BPR Fasa 1 kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) masih membuat penyemakan mengenai status baharu anda itu. 

Anda juga akan mendapati pernyataan berbentuk sebegini apabila anda membuat penyemakan status: 

Contoh: 

STATUS PERMOHONAN : PERMOHONAN DITERIMA

“Anda bukan penerima bayaran FASA 1 BPR 2021.Walau bagaimanapun, permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan BPR 2021 bagi bayaran seterusnya.Maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) – Pembayaran Fasa 1 BPR 2021.”

PERNYATAAN LAIN DALAM PERMOHONAN BPR 

Selain itu terdapat juga beberapa paparan pernyataan yang akan dipaparkan oleh Laman Web Portal BPR apabila membuat penyemakan. Berikut merupakan pernyataan-pernyataan yang akan diterima oleh setiap pemohon. 

CONTOH 1: 

“Permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan BPR 2021 bagi bayaran seterusnya. Maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) – Pembayaran Fasa 1 BPR 2021.”

STATUS PERMOHONAN : PERMOHONAN DITERIMA

Maksud paparan:  Anda layak menerima bayaran FASA 1 BPR, manakala untuk bayaran BPR FASA 2, permohonan anda masih diproses dan sedang disemak oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Ini adalah untuk menentukan sama ada anda layak ataupun tidak menerima bantuan seterusnya.


CONTOH 2: 

Anda bukan penerima bayaran FASA 1 BPR 2021. Walau bagaimanapun, permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan BPR 2021 bagi bayaran seterusnya.Maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) – Pembayaran Fasa 1 BPR 2021.

 STATUS PERMOHONAN : PERMOHONAN DITERIMA

Maksud paparan: Anda tidak layak menerima bayaran FASA 1 BPR kerana permohonan anda masih disemak dan dinilai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Walaubagaimanapun,  jika anda layak, anda akan menerima bayaran FASA 2 sekali gus pada bulan hadapan iaitu, Mei 2021.


KETERANGAN LANJUT


Untuk keterangan lanjut mengenai status Bantuan Prihatin Rakyat, anda bolehlah menghubungi talian hotline atau layari laman web Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)  :- 

 BPR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) :- 

  • 1-800-88-2747

 BPR Kementerian Kewangan Malaysia :-

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Hasil Care Line (HCL) :- 

  • 03- 89111000

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan untuk mengetahui status permohonan BPR anda.  Diharapkan juga segala urusan anda dipermudahkan, lagi-lagi di waktu yang sangat mencabar ini. 

Terus berusaha dan maju jaya. 

Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak