Ramai yang tak tahu sekarang ini anda dah boleh check CCRIS online dan daftar eCCRIS tanpa keluar rumah. Senang kan? Tak perlu susah-susah lagi kena pergi ke Bank Negara atau AKPK lagi untuk urusan eCCRIS.
CCRIS tu apa? Ia singkatan untuk Central Credit Reference Information System, yang mana perkara ini penting untuk bank-bank semak sejarah kredit pinjaman anda. Sama ada anda ini seorang peminjam lama atau baru.
Sistem ni adalah database yang menyimpan semua maklumat kredit anda dari bank-bank yang terlibat dan pastikan bank-bank lain dapat akses maklumat yang sama.
Contohnya, sekiranya anda ada membuat pembayaran atau pun tidak pinjaman PTPTN anda, ia akan tercatat dalam CCRIS. Tapi jangan salah faham, CCRIS bukanlah untuk senarai hitam/blacklist nama anda
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai CCRIS online, teruskan membaca.
CCRIS Online? Apa tu?
CCRIS tu apa? Bayangkan dia seperti buku rekod yang dipegang oleh Bank Negara Malaysia(BNM). CCRIS tu adalah singkatan kepada untuk Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat yang bertindak seperti database elektronik yang kumpul semua maklumat dan sejarah kredit kita.
Sistem ini dijaga oleh Bank Negara Malaysia, agar bank-bank boleh menyemak samada anda seorang yang rajin membayar hutang atau pun tidak.
Ketika anda ingin membuat permohonan untuk pinjaman dengan bank, sistem CCRIS inilah yang akan proses semua data dari bank-bank dan satukan dalam satu laporan kredit. Laporan tersebut sangatlah penting, sebab ia akan tunjuk sama ada anda ni jenis yang bayar hutang on time ataupun tidak. Kalau anda mahu membuat pinjaman duit lagi sekali, bank akan lihat pada laporan CCRIS ni dahulu.
Yang menariknya, anda boleh check laporan kredit anda sendiri secara dalam talian melalui eCCRIS, dan ianya adalah percuma. Jadi, kalau rasa nak tahu standing kredit anda macam mana, boleh la login eCCRIS tu bila-bila masa,di mana-mana jua. Mudah kan?
Langkah 1
Muat turun Borang Permohonan CCRIS online di bnm.my/ccrisform
Langkah 2
Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:
- Salinan MyKad (depan dan belakang) atau
- Salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
- Dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
Langkah 3
Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform:
Akhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS online masing-masing.
TRENDING SEKARANG
Cairkan Daging Cepat – 3 Cara Terbukti Berkesan
Di dalam laporan tersebut nanti akan tunjukkan maklumat-maklumat penting seperti tunggakan. Kalau semua ‘0’, bermakna rekod anda cantik dan bersih.
Sekiranya di dalam laporan menunjukkan banyak nombor lain 1,2,3,4,5 bermaksud ada tunggakan dalam pembayaran hutang pinjaman anda.
Anda boleh membuat semakan yang lebih lanjut dengan institusi tersebut untuk pengesahan.
Apply CCRIS ni free saja. CTOS kena bayar.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan CCRIS online melalui sistem eCCRIS Bank Negara Malaysia, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut :
Talian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
https://www.bnm.gov.my/ccris
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.