Moratorium Automatik Untuk B40 & Golongan Terjejas


Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa Pakej Bantuan PKP 3.0 atau PEMERKASA PLUS bagi membantu rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas ketika perintah pelaksanaan lockdown. PEMERKASA PLUS mempunya tiga matlamat dan salah satu daripada matlamat tersebut adalah meneruskan agenda prihatin rakyat.

MORATORIUM SECARA AUTOMATIK

Hasil perbicangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), Industri perbankan terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

Semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan dan perusahaan mikro dan pks yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP diberi dua pilihan pakej bantuan bayaran balik pinjaman:

1. Mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau,
2. Memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.


TARIKH PELAKSANAAN

Inisiatif ini akan dilaksanakan pada bulan Jun dan dijangka memberi manfaat kepada 5 Juta peminjam dengan nilai sehingga 30 billion ringgit.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Peminjam boleh menghubungi bank masing-masing dan membuat pilihan pakej bantuan bayaran balik pinjaman.

2. Selepas membuat pilihan, bank akan memproses pilihan anda dalam tempoh 5 hari untuk peminjam individu dan 14 hari untuk peminjam PKS.

3. Peminjam yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan atau menghadapi kesukaran berurusan dengan bank, mereka boleh menghubungi BNM TELELINK atau isi borang aduan di bnm.my/RAsurvey

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubingi AKPK melalui https://services.akpk.org.my/ atau terus ke laman web rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) di https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ra_bm.html