Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal : Niat Puasa Serta Kelebihannya
Isi Kandungan
Ramadan sudah berlalu pergi dan berganti pula dengan Syawal yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam. Ibadah puasa di bukan Ramadan boleh diibaratkan sebagai ‘madrasah’ atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.
Oleh kerana itulah Hari Raya Aidilfitri menjadi tanda kemenangan setelah berjaya mengharunginya. Semoga amalan kita di sepanjang Ramadan diterima Allah dan menjadikan kita hamba yang lebih baik daripda tahun-tahun yang sebelumnya.
Kelebihan Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal
Apabila masuk Syawal antara amalan yang disarankan oleh Baginda S.A.W adalah berpuasa enam hari. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
HR Muslim: 1164
Kelebihan Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal:
- Pahala sama dengan berpuasa setahun
- Puasa pada bulan Syaaban dan Syawal menyempurnakan puasa ramadan
- Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT
- Bukti syukur kita kepada Allah SWT
- Bukti keikhlasan amal soleh sepanjang bulan ramadan
TENGAH TRENDING:—————————
———————————————————
Ikuti Group Whatsapp Kami Untuk Mendapatkan Info Terkini Bantuan 2024.
Cara Pelaksanaan Puasa 6 Syawal
Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Tetapi cara yang paling afdhal adalah berturut-turut selepas hari pertama bulan Syawal (iaitu bermula 2 Syawal).
Lafaz Niat Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal
Lafaz niat puasa 6 Syawal:
نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى
Bacaan Rumi: Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala
Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”
Lafaz Niat Puasa Ganti
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى
Bacaan Rumi: Nawaitu souma ghodin ‘an qodha’i fardi romadhona lillahi ta’ala
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa Ramadhan kerana Allah SWT”
Hukum Menggabungkan Puasa Ganti Dengan Puasa Sunat
Berdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat.
Seperti contoh, jika ia dijalankan bersamaan dengan hari-hari yang digalakkan untuk berpuasa seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis.
Apabila bercakap tentang puasa sunat, sesetengah ulama mengatakan bahawa niat mesti digabungkan.
Ada juga yang berpendapat bahawa meniatkannya sebagai puasa sunat secara amnya cukup untuk mendapat pahala berganda.
Waktu Ganti Puasa Ramadhan
Waktu ganti puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari yang dilarang berpuasa, seperti Hari Raya Pertama Aidilfitri dan Aidiladha, anda boleh menggantikan puasa pada bila-bila masa selepas bulan Ramadan hingga ke bulan Ramadan seterusnya.
Namun begitu, kerana ia merupakan salah satu ibadah yang wajib dilakukan, umat Islam digalakkan untuk menyegerakannya.
Untuk lebih mudah, anda boleh ganti enam hari dalam bulan Syawal.
Anda boleh lakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan Syawal selain hari yang dilarang.
Tetapi, cara yang paling afdhal dan digalakkan adalah berturut-turut bermula 2 Syawal.
SUMBER: Mufti Wilayah Persekutuan, JAKIM
Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.