Panduan Pendaftaran Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0)

Geran Khas Prihatin 4.0 merupakan bantuan yang diberikan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat kepada kumpulan PKS mikro yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung virus Covid-19 ini dari terus menular.



Pada artikel kali ini, kita akan membantu para usahawan untuk membuat pendaftaran bagi yang belum pernah memohon. Sila baca dengan teliti.

Panduan Pendaftaran GKP 4.0 

1. Sila log masuk atau buat pendaftaran pada pautan berikut : https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda pada bahagian ID Pengguna


3. Untuk pengguna yang belum pernah membuat pendaftaran, anda akan diminta untuk membuat pendaftaran di pautan daftar akaun

4. Masukkan “captcha” seperti yang tertera dan butang semak

Kriteria Pendaftaran GKP 4.0 

Berikut merupakan kriteria kelayakan bagi proses pendaftaran GKP4.0 :

1. Warganegara Malaysia
2. Bukan pemohon GKP sebelum ini
3. Perniagaan masih dijalankan pada tempoh permohonan
4. Jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM300,000
5. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang (tidak termasuk pemilik)
6. Pemohon wajib memenuhi definisi PKS Mikro
7. Pemohon wajib berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM

Tarikh Pembayaran GKP 4.0 

Semakan bayaran berkenaan dengan info tarikh bayaran tambahan PKS Mikro 4.0 adalah seperti berikut : 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai GKP 4.0, boleh hubungi Hasil Care Line di talian berikut : 03 8911 1000