Orang Awam Tunjuk Bukti Paras Air Laut Di Jakarta Meningkat
Umum diketahui bahawa Indonesia bakal menukarkan ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan. Hal ini kerana dikatakan Jakarta bakal tenggelam dalam masa beberapa tahun.
Antara punca utama yang menyebabkan wilayah itu mempunyai risiko tenggelam adalah disebabkan beberapa faktor seperti perubahan iklim dan penurunan tanah.
Setiap tahun, paras air laut di Jakarta semakin meningkat dan ini mungkin membahayakan nyawa penduduk di sana.
TENGAH TRENDING:—————————
- Bantuan RM100 Ke MyKad Telah Mula Dikreditkan
- STR 2024 : Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
- Permohonan Bantuan MyLesen
———————————————————
Video Paras Air Laut Di Jakarta Meningkat
Baru-baru ini, terdapat sebuah video yang dikongsikan di platform TikTok oleh pengguna yang menunjukkan keadaan terkini paras air laut di satu lokasi di Jakarta.
Melalui video tersebut, jelas kelihatan paras air laut di pantai dalam wliayah itu sudah hampi melepasi tembok yang dibina di persisiran pantai.
“Jakarta akan tenggelam dengan lebih cepat,” Katanya dalam video tersebut.
Dia juga sempat menjelaskan bahawa tanah di Jakarta sudah menurun sebanyak 12 hingga 18 sentimeter setahun.
Keadaan itu terbukti apabila tembok besar yang dibina untuk menghalang banjir daripada berlaku telah dilimpahi air laut yang ditolak dengan ombak yang kuat.
“Pembinaan Giant Sewa Wall di Jakarta untuk menghalang banjir diteruskan sejak ia dimulakan pada tahun 2014” tambahnya lagi.
Menerusi video itu juga, dapat dilihat bahawa ombak yang kuat boleh membuatkan air laut mampu melepasi tembok yang dibina.
Sebelum ini, ada yang telah meramalkan bahawa Jakarta bakal tenggelam menjelang tahun 2050, tetapi melalui video yang dikongsikan itu, Jakarta mungkin akan tenggalam dalam masa yang lebih cepat.
Penurunan tanah yang dinyatakan serta kenaikan paras air laut merupakan antara faktor utama yang membawa kepada Jakarta sebagai bandar yang paling cepat tenggelam di dunia.
SUMBER: Siakap Keli
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.