Tahukah anda? Kerajaan ada menyediakan satu inisiatif melalui Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang betujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
PEKA B40
PEKA B40 diwujudkan atas fakta-fakta berikut iaitu:
Beban Penyakit Tidak Berjangkit
47.6% kumpulan B40 berumur 40 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.
Kesihatan Mental
3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.
Beban Kanser
Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah
Rawatan Kanser
Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.
Kos Alat Perubatan
Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Masalah Pengangkutan
Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.
__________________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
- Panduan lengkap Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
- Cara memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) 2021. Khas untuk golongan B40
- Cara memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300, cuba sekarang
- Cara memohon Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 sebulan
- Bantuan RM500 JKM Warga Emas 2021
- Ini Cara Semak Status mySalam. Perlindungan sehingga RM8,000
_________________________________________________________________________
SYARAT KELAYAKAN
Skim ini dibuka kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah yang dikenali sebagai B40 dan ianya percuma kepada penerima yang layak.
Kelayakan adalah berdasarkan perkara berikut:
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar
- Berumur 40 tahun ke atas
- Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan
Untuk menyemak kelayakan secara online, anda boleh terus ke laman rasmi PEKA B40 di https://www.pekab40.com.my/bm
MANFAAT PEKA B40
Saringan kesihatan
Bantuan alat perubatan
Insentif melengkapkan rawatan kanser
Insentif tambang pengangkutan
Sumber: niagakini.my