PEMBAYARAN I-SINAR MEI 2021 kini BOLEH DISEMAK. Ini cara untuk membuat penyemakan


Sedar tak sedar, bulan Mei akan menemui kita beberapa hari lagi. Kes Covid-19 pun sudah tidak menentu, dan sudah tentunya kita sebagai rakyat marhaen terkesan dengan pelbagai penutupan dan undang-undang negara. Untuk meneruskan kehidupan dan membayar komitmen, Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan pembayaran I-Sinar yang diperolehi melalui KWSP. 

Oleh itu, di sini kami ingin memberikan maklumat serba sedikit untuk anda membuat penyemakan I-Sinar yang telah ditangguh beberapa kali. Sila teliti maklumat-maklumat yang berikut :- 


MAKLUMAT PEMBAYARAN I-SINAR

Pembayaran I-SINAR adalah tertakluk kepada maklumat-maklumat yang telah diberikan dibawah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):- 

  1. Pengkreditan ataupun pembayaran akan dibuat pada bulan Mei 2021. 
  2. Pembayaran akan dilakukan mengikut kumpulan-kumpulan yang sedia ada. 
  3. Mereka yang menerima pengkreditan pada 1 April akan menerima bayaran seterusnya pada tanggal 3 Mei 2021. 
  4. Mereka yang menerima pengkreditan pada 2 April pula akan menerima bayaran pada tanggal 4 Mei 2021. 
  5. Pengkreditan bayaran ini adalah mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan oleh KWSP. 

CARA PENYEMAKAN PEMBAYARAN I-SINAR 

Berikut merupakan cara penyemakan pembayaran I-Sinar. Sila baca dengan teliti:- 
  • Penyemakan pembayaran ini perlulah dibuat melalui I-Akaun. 
  • I-Akaun boleh dibuka dengan melayari laman web dibawah. Tekan untuk pergi ke laman web tersebut:- 

    LOG MASUK I-AKAUN DISINI

  • Log masuk menggunakan Username dan Password anda. 
  • Buat penyemakan di bahagian Sejarah Pengeluaran/Withdrawal History. 
  • Tekan pada punat I-Sinar pada barisan kedua. 
  • Status permohonan anda kemudiannya akan dipaparkan. 

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan, anda bolehlah menghubungi talian I-Sinar , berikut merupakan nombor telefon untuk dihubungi :- 

TALIAN I-SINAR – 03 8922 4848 

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengetahui info lanjut mengenai pengeluaran I-Sinar yang seterusnya.  Selamat maju jaya! 

Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak