Untuk makluman, BPR tambahan adalah merupakan bayaran tambahan bagi BPR 2021 yang masih berlangsung secara berfasa dan penerima yang layak akan menerima bayaran tambahan mengikut kategori masing-masing.
Hal ini adalah bertujuan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat dengan tambahan peruntukan sebanyak 2.1 bilion ringgit.
JUMLAH BANTUAN BPR TAMBAHAN
1. Isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500
- Kadar tambahan BPR sebanyak RM500
2. Isi rumah yang berpendapatan RM2,501 – RM5,000
- Kadar tambahan BPR sebanyak RM300
3. Bujang akan menerima BPR tambahan sebanyak RM100.
TARIKH PENGKREDITAN BPR TAMBAHAN
Pembayaran akan mula dibuat pada minggu terakhir bulan Jun 2021.
SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BPR TAMBAHAN
Setakat ini, tiada lagi perincian daripada pihak LHDN berkaitan dengan semakan status kelulusan BPR Tambahan, namun akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan BPR, anda boleh menghubungi:
- Portal Rasmi BPR LHDNM: https://bpr.hasil.gov.my/
- LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 09.00 Pagi – 05.00 Petang)
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi : 09.00 Pagi – 05.00 Petang) atau
- Sila hadirkan diri anda ke cawangan LHDNM yang berhampiran dengan kawasan anda.
ASSALAMUALAIKUM KERAJAAN YANG PRIHATIN , KALAU BETUL LAH KORANG NAK BAGI BANTUAN , TOLONGGGGGLAH GUNAKAN OTAK KORANG SIKIT . BAGI GOLONGAN BUJANG CUMA DAPAT RM100 UNTUK HIDUP SAMPAI HUJUNG TAHUN ? BUKAN TAK BERSYUKUR TAPI TOLONG LAH PRIHATIN SIKIT PADA KAMI . WALAUPUN KAMI BUJANG , KAMI MASIH ADA KELUARGA UNTUK DISARA ! KORANG . RASA CUKUP KE ? DENGAN LOCKDOWN TAK BOLEH NAK KERJA LAGI ! KORANG RASA CUKUP KE ?!