Pengambilan 18,702 guru secara ”One-Off” bermula Julai 2021. Lihat cara permohonan disini!


Kementerian Pendidikan telah mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.

TARIKH TAWARAN 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan mengeluarkan iklan tawaran pada 7 Julai ini dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober.

Beliau menjelaskan, ia merupakan pengambilan guru yang paling terbesar untuk setakat ini.

PERMOHONAN MELALUI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)

“Dalam memastikan ia menjadi kenyataan, insya-Allah Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Pengambilan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sumber; Utusan Malaysia

MATA PELAJARAN YANG MENGALAMI KEKURANGAN GURU

SEKOLAH RENDAH : 

  • Bahasa Inggeris 
  • Sejarah 
  • Pendidikan Khas 
  • Pendidikan Agama Islam 
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi 
SEKOLAH MENENGAH :

  • Bahasa Melayu 
  • Bahasa Inggeris 
  • Pendidikan Islam 
  • Pendidikan Khas 
  • Reka Bentuk & Teknologi


CARA PERMOHONAN

Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah memohon jawatan tersebut di:- 

  • Sila daftar terlebih dahulu jika tidak mempunyai sebarang ID.
  • Pilih jawatan Pegawai Pendidikan Gred 14 apabila ingin memohon jawatan yang ditawarkan. 
  • Lengkapkan borang permohonan mengikut maklumat yang sahih. 
  • Permohonan yang menggunakan maklumat yang salah dan tidak sahih akan mengakibatkan permohonan anda ditolak serta merta. 
  • Semoga berjaya! 
*MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PERMOHONAN INI AKAN DIBERITAHU SERTA-MERTA

TARIKH IKLAN TAWARAN

7 JULAI 2021

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.
 
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak

LIHAT JUGA : 283 Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (MAMPU). Gaji RM2315.00 – RM9618.00