Pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 65/22 [2021]. Lihat cara permohonan di sini!

Bagi warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun yang berminat untuk menjadi pasukan Tentera Udara Malaysia, anda dipelawa untuk mengisi kekosongan bagi pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 65/22. Pengambilan ini khas untuk mereka yang mempunyai minima sijil SPM/SKM/SVM dan juga Diploma. 

Jadi tunggu apa lagi? Mari lihat maklumat, syarat-syarat kelayakan lengkap serta cara permohonan jawatan ini di bawah:- 

JAWATAN YANG DITAWARKAN 

  • Perajurit Muda TUDM Siri 65/22 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Jantina : Lelaki sahaja
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
  • Penglihatan – Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna.
  • Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Taraf kesihatan – Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL

  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

KELAYAKAN AKADEMIK

  • SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  • SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

CARA PERMOHONAN

  • Daftar sebagai pemohon (bagi mereka yang belum mempunyai akaun pemohon). 
  • Log masuk ke bahagian pemohon.
  • Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  • Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
PERHATIAN

  1. Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  2. Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  3. Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
  4. Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

31 OGOS 2021 (SELASA) 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM

No. Tel: 013-6893814
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak