Dalam keadaan ekonomi semasa pascapandemik C19, rakyat mengeluh disebabkan tidak cukup duit. Ada yang menunggu masa untuk dihalau dari rumah kerana tidak mampu membayar tunggakan sewa.
Tak semua orang ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan mereka untuk mengeluarkan i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-baru ini.
Ada yang mula bermasam muka selepas menggunakan wang KWSP 10,000 untuk bejoli sakan semasa Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana wang tersebut semakin kering disebabkan menyambut hari raya serba-serbi baharu. ada yang seronok beli barang kemas dan yang guna duit tersebut untuk membayar hutnag adik-beradik mahupun ahlong.
Sebenarnya bukan salah berbelanja duit KWSP tersebut tetapi biarlah ukur baju di badan sendiri. Sebaiknya duit RM10,000 tersebut dijadikan modal untuk membeli aset seperti barang emas dan menyertai bidang perniagaan secara dalam talian sama ada menjual barang atau buat drop ship.
Mengapa harus dibazir duit KWSP tersebut seolah-olah tiada esok dan lusa agaknya? Adakah tergamak buat kempen untuk keluar lagi duit KWSP hingga menyebabkan tujuan asal kewujudan skim tersebut dilupakan?
Sememangnya di zaman orang kaya semkain kaya, orang susah semakin susah ini, kita harus banyak bermuhasabah sebelum bermuamalah agar tidak ditimpa musibah.
Berhemat berbelanja jika duit RM10,000 masih tersisa. Moga jangan pula mengharapkan pengeluaran RM10,000 KWSP 2.0, nanti pak menteri pening kepala sekali lagi – UTUSAN
SUMBER: Utusan Malaysia