Masih ada yang di antara kita mengharapkan Pengeluaran Khas KWSP untuk dilakukan sekali lagi. hal ini kerana dengan keadaan kenaikan harga barang yang berlaku.
Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang menolaknya. Namun begitu, ia terpulang kepada individu masing-masing
Adakah Kerajaan Akan Meluluskan Pengeluaran Khas KWSP 2.0?
Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah pada isnin (8 Ogos 2022) menyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan Pengluaran KWSP 2.0
Beliau berkata, semua input-input berkaitan bagaimana untuk kerjaan perhebat dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji rapi dan sudah pasti KWSP 2.0 juga adalah antara salah satu perkara yang sedang kerjaan pertimbangkan pada masa sekarang.
“Hal ini kerana, banyak lagi strategi yang kerajaan akan gunakan untuk pasikan KWSP menjadi insurans kepada mereka yang berkerja”
Dan paling penting katanya, kerajaan sekarang sedang teliti menangani bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji minimum diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga mahu bantu bukan saja sektor formal atau tidak formal supaya kadar kesedaran perancangan pasaran dan celik kewangan rakyat Malaysia dapat kerajaan optimumkan sebaiknya.
Petitsyen Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Sebuah petisyen telah untuk dibuat untuk menyokong Pengeluaran Khas 2.0.
Setakat 14 Julai 2022, sekitar 56,000 orang telah menandatangani petisyen berikut. Kempen ini dilancarkan secara organik oleh rakyat tanpa pengelibatan mana-mana parti politik.
Melihat daripada situasi ini, jelas sekali golongan ini sangat memerlukan langkah tersebut untuk melangsungkan kehidupan harian mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.
PETISYEN TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0
Di Telegram, sekitar 200,000 Rakyat Malaysia telah berkumpul dalam sebuah channel yang memberikan informasi terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya di Malaysia