Pengeluaran Khas KWSP Secara One-Off

Pengeluaran Khas KWSP Secara One-Off

Desakan Pengeluaran Khas KWSP Secara One-Off

PETALING JAYA: Lebih 320,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus menggesa Kerajaan Perpaduan untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan dari akaun satu secara ‘one-off’ untuk memulihkan ekonomi keluarga yang kian meruncing.

Pada masa yang sama, kumpulan tersebut juga menolak secara total idea kerajaan dan KWSP yang memperkenalkan i-Cagar sebagai alternatif pengeluaran ‘one-off’ secara bersasar.

Baca Juga:

Desakan Pengeluaran Khas KWSP Secara One-Off

Presiden Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN), Jannahtul Ain Jaafar berkata, keengganan kerajaan membenarkan pengeluaran tersebut mengakibatkan pencarum terbeban dengan pelbagai implikasi kewangan.

Tegasnya, ia termasuklah dengan bebanan hutang pinjaman perbankan, kos sara hidup yang meningkat dan lain-lain lagi.

“Kerajaan sepatutnya mendengar rintihan rakyat Malaysia terutamanya pencarum yang kini terbeban dengan pelbagai masalah disebabkan kelembapan ekonomi dihadapi negara ketika ini.”

“Kaedah i-Cagar yang diperkenalkan tidak membantu menyelesaikan apa-apa sebaliknya hanya mengundang masalah lebih besar di masa depan dan implikasi kewangan kepada mereka.”

“Kebanyakan rakyat ini mahukan pengeluaran untuk menyelesaikan masalah hutang mereka, tetapi apa yang berlaku hari ini kerajaan memperkenalkan i-Cagar. Dalam erti kata lain nak selesaikan masalah hutang dengan menambah hutang,” katanya.

Cadangan Pengeluaran Secara Bersasar

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengeluaran secara bersasar adalah langkah lebih baik memandangkan kebanyakan pencarum mahu menggunakan wang tersebut untuk menyelesaikan bebanan hutang dihadapi ketika ini.

Tegasnya, kaedah i-Cagar yang diperkenalkan sama saja seperti pencarum membuat pinjaman dengan syarikat perbankan pada masa sama menambah bebanan hutang ditanggung.

“Desakan ini adalah kerana kebanyakan rakyat sangat memerlukan bantuan tersebut. Ada di antara mereka kini tertekan kerana tidak mampu lagi menanggung bebanan hutang sedia ada,” katanya.

Mengulas berhubung dakwaan kononnya perjuangannya adalah berlandaskan politik semata-mata, Jannahtul Ain berkata, PWRN tiada kaitan dengan mana-mana parti politik sebaliknya hanya bergerak atas kapasiti sendiri untuk menyuarakan permintaan rakyat Malaysia.

“Ada yang mengaitkan PWRN dengan PN (Perikatan Nasional) sebelum ini, tapi saya nak tegaskan bahawa ini adalah perjuangan yang dibawa sendiri. Tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.”

“Saya hanya mewakili suara lebih 320,000 pencarum KWSP yang menuntut hak mereka mengurangkan bebanan dan tekanan hidup akibat implikasi kewangan,” katanya.”

Pengeluaran Khas KWSP Secara One-Off
Jannatul Ain Jaafar (Kanan) ketika menghantar memorandum tuntutan Pengeluaran KWSP pada Januari 2023

Pada Februari lalu, Jannahtul Ain mengadakan kunjungan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyerahkan memorandum menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.

Dalam kunjungan itu, Ahli Parlimen Bera tersebut telah bersetuju membawakan desakan tersebut pada sidang Parlimen yang lalu.

Antara lain yang terkandung dalam memorandum tersebut adalah mendesak agar kerajaan membenarkan dan meluluskan pengeluaran khas KWSP 2.0 iaitu 50 peratus melalui akaun satu, dengan kadar maksimum RM50,000.

SUMBER: Utusan Malaysia

Pengeluaran Bulanan Simpanan KWSP

Seperti yang telah dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP iaitu Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, terdapat beberapa kekangan terutamanya bagi pencarum yang mempunyai simpanan yang kecil.

Sebelum ini, Datu Seri Amir Hamzah telah menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mempertimbangakan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencapai usia persaraan 55 tahun sebagai keperluan wajib untuk ahli baharu.

Menurut beliau, pada masa ini, pengeluaran berkala atau bulanan dilakukan secara sukarela dan ini memberikan peluang kepada ahli untuk menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.

Beliau juga menjelaskan bahawa pengeluaran secara berkala atau bulanan juga memberi peluang kepada ahli untuk terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.