Pada ketika ini, pelbagai isu telah melanda masyarakat khususnya berkenaan dengan peningkatan kos sara hidup dan inflasi.
Oleh itu, terdapat pelbagai pihak yang mencadangkan supaya pengeluaran KWSP bersasar dibenarkan kepada yang layak sebagai salah satu usaha membantu mereka menghadapi keadaan ini.
Cadangan Pengeluaran KWSP Bersasar
Memetik terbitan di Utusan Malaysia pada akhir Oktober lalu, seorang ahli KWSP tidak aktif telah meluahkan perasaannya berkenaa dengan bebanan kewangan yang semakin dirasai. Ditambah pula kenaikan harga barang serta kos persekolahan atau pengajian anak di peringkat universiti.
Oleh hal yang demikian, beliau mencadangkan supaya kerajaan dapat membenarkan sekali lagi pengeluaran wang KWSP khususnya untuk ahli yang aktif
Kebenaran itu nanti sudah pasti akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan menggunakan sebahagian atau keseluruhan simpanan KWSP bagi tujuan tertentu
Dalam perkembangan lain, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyuarakan perkara sama di mana Pengeluaran KWSP Bersasar perlu dikasi pelaksanaannya.
Baca Juga:
“Sebelum ini, kita sudah membenarkan beberapa kali pengeluaran KWSP termasuk i-Sinar dan i-Lestari. Untuk pelaksanaan ini (pengeluaran KWSP) secara bersasar, kita perlu melihat jumlah simpanan (pencarum) terlebih dahulu.”
“Ini kerana, pengeluaran tidak boleh dibuat jika sudah tiada simpanan (dalam KWSP),” katanya, dipetik dari BH Online.
Berdasarkan kenyataan-kenyataan ini, berkemungkinan Pengeluaran KWSP bersasar akan dilaksanakan sekiranya ia mendapat perhatian daripada Kerajaan yang mentadbir nanti.