Penerima i-Lestari dan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam perlu menunaikan tanggungjawab untuk membayar zakat. Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam satu hantaran di Instagram berkata, bayaran zakat kedua-dua kemudahan pengeluaran itu adalah bergantung kepada tiga situasi.
Katanya, jika jumlah yang dikeluarkan secara keseluruhannya tidak melebihi paras minimum (nisab) dan khas bagi yang terkesan dengan Covid-19 sama ada hilang punca pendapatan atau tidak bekerja, zakat tidak dikenakan ke atas pengeluaran terbabit. Katanya, bagi mereka yang secara relatifnya tidak terkesan, tetapi tetap membuat pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar, maka dianjurkan mencampurkan jumlah itu dengan harta yang lain untuk dizakatkan.
“Bagi mereka yang tiada pendapatan namun memiliki harta yang cukup dan tidak terkesan secara langsung, misalnya mempunyai jumlah simpanan yang tinggi, golongan pesara yang tiada komitmen atau mereka yang tidak berkerja tetapi mempunyai harta yang mencukupi dan mampu menyara hidup, maka pengeluaran yang melebihi nisab juga perlu dizakatkan,” katanya.
Menurutnya, seperti syarat wajib zakat, pemilik harta mestilah seseorang yang beragama Islam kerana zakat disyariatkan kepada orang Islam sahaja.
Kami juga akan bawakan korang pandangan daripada Majlis Fatwa Negeri Perak tentang situasi yang tidak memerlukan korang untuk mengeluarkan zakat.
Semoga artikel ini akan membantu anda; jika korang layak untuk membayar zakat, jangan lupa bayar zakat yeee…