MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Kerajaan menyediakan mySalam untuk sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON MYSALAM
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Penyakit kritikal RM8,000 dan hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
MAKLUMAN: Kepada sesiapa yang dikenakan tempoh kuarantin/pemantauan Covid-19, anda boleh tebus mySalam sebanyak RM50 untuk sehari (minimum tebusan sehari sehingga 14 hari)
PERMOHONAN SKIM MYSALAM
- Layari laman web MySALAM di :- www.mysalam.com.my
- Masukan kad pengenalan anda tanpa sengkang (-):- Cth: 990999089990
- Klik butang SEMAK
- Paparan kemudian akan menyatakan status anda, samaada LAYAK ATAUPUN TIDAK LAYAK.
- Jika paparan menyatakan anda LAYAK, terdapat dua 2 cara untuk menuntut duit mySalam anda.
CARA PERTAMA
TUNTUTAN MELALUI ONLINE
- Log masuk ke portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
- Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna MYSALAM, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu.lam sila daftar dahulu.
- Tekan LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikut tatacara yang di arahkan.
- Apabila sudah selesai mendaftar, sila sahkan no telefon anda.
- Jika terdapat sebarang masalah untuk pengesahan no telefon, seperti nombor telefon tidak lagi digunakan, anda hendaklah menghubungi talian bantuan. Talian bantuan akan membantu anda untuk reset kata laluan.
- Kemaskini Profil anda.
- Setelah itu, tekan butang Tuntutan Penyerahan/Tuntutan Hospitalisasi
- Masukkan tarikh mula kuarantin dan tamat kuarantin
- Pilih Non Panel untuk (Nama Hospital)
- Muat naik salinan kad pengenalan dan muat naik borang ANNEX 14&17
- Hantar permohonan anda.
- Selepas permohonan dihantar, sila tunggu keputusan anda.
MUAT TURUN BORANG ANNEX 14 DISINI
MUAT TURUN BORANG ANNEX 17 DISINI
CARA KEDUA
MELALUI KIOSK MYSALAM
- Sila bawa salinan kad pengenalan dan borang Annex 14&17.
- Serahkan dokumen-dokumen tersebut di kiosk tersebut dan kakitangan akan membantu anda dalam proses seterusnya.
INFO TAMBAHAN
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk menuntut wang MYSALAM. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan info ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak