Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan SIP Prihatin meneruma Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) bagi membantu pekerja yang mencarum dengan PERKESO dan kehilangan pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapatkan peluang pekerjaan baharu.
Bantuan ini diperluaskan kepada golongan bukan pencarum PERKESO termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.
Jumlah Bantuan Yang Diberikan
Mereka yang layak kan diberikan sebanyak RM300 sebulan selama tempoh 2 bulan. Namun begitu, pencari kerja perlu menghadiri sekurang-kurangnya tiga temuduga dalam sebulan sama ada secara fizikal atau dalam talian.
Dan sekiranya pencari kerja berjaya mendapatkan pekerjaan melalui portal MYFutureJobs, insentif tambahan sebanyak RM400 akan diberikan.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan untuk program ini:
- Golongan yang kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan.
- Golongan yang menganggur.
- Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti pekerjaan melalui portal MYFutureJobs.
- Menghadiri temu duga anjuran PERKESO.
Cara Membuat Pendaftaran
Anda perlulah membuat pendaftaran di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan oleh PERKESO di https://www.myfuturejobs.gov.my/
Tarikh Pendaftaran
Pendaftaran telah dibuka sejak 15 Julai 2021 dan sehingga kini tarikh tutup program ini masih belum diumumkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini bolehlah menghubungi Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau melayari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my