Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Untuk pengetahuan anda, bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluiarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Syarat Kelayakan Permohonan
Orang tua atau warga emas yang ignin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:
- Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia
- Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi RUmah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalina JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma
- Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Cara Membuat Permohonan
Cara permohonan adalah seperti berikut:
Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.
blog penipu. mana ada one off
Gila ker ???
Harap tak ada yang tertipu
Kata gempak, "one off". Tak jujur
One off konon… nak bagi 500 macam nak bagi 5,000. Syarat2 ajer sh tak bleh ikut.. macam nak bantu wargamas tapi tak nak bantu
Mengelirukan Rakyat dgn janji palsu.
Jadi la blogger yang bertanggung jawab. Jangan beri harapan kepada org ramai dengan salur maklumat tipu macam ni. Dah mampos esok2 banyak dah ke amalan nak cover dosa dari berita palsu ni?
Penipu.. nak tipu warga emas boleh la.. kami anak² warga emas sebagai warga netizen tak kan mudah tertipu.. One off pakcik kau