Tahukah anda, setiap kerajaan negeri di seluruh negara telah memperkenalkan bantuan bayi baru lahir dengan kadar bermula RM100 sehingga RM1,000.
Bantuan ini adalah inisiatif setiap kerajaan negeri untuk meringankan beban ibu ayah serta menggalakkan lagi kadar kelahiran di Malaysia.
Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan.
Bantuan Bayi Baru Lahir Mengikut Negeri
1. Sabah
Perlaksanaan bantuan yang memperuntukkan dana sehingga RM 5 juta ini merupakan salah satu komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan di samping menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak sejak awal kelahiran.
Ibu bapa yang berminat dialu-alukan untuk kemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan.
Syarat Kelayakan Permohonan
Ibu bapa yang berminat untuk mengemukakan permohonan, berikut adalah syarat yang perlu ditepati:
- Bayi berstatus Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022
- Ibu / bapa / penjaga berasal dari Sabah
- Bantuan Yang Diberikan
- Simpanan sebanyak RM100 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun
Cara Membuat Permohonan
Atas Talian
- Layari pautan permohonan https://cutt.ly/OnlineBISTARI
- Lengkapkan borang permohonan di pautan berikut
- Muat naik dokumen yang diperlukan
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan
Borang Permohonan
- Muat turun borang di https://cutt.ly/BorangBistari
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap
- Sediakan dokumen yang diperlukan ( Sijil lahir bayi & kad pengenalan ibu bapa)
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah
2. Selangor
Bantuan bayi baru lahir 2022 Selangor adalah melalui program Iltizam Selangor Sihat. Sebelum ini ia merupakan skim insurans kesihatan dan telah ditambah baik.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh lima tahun yang akan dikreditkan ke akaun berkenaan bermula tahun 2022.
Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencapai usia 18 tahun dan keatas.
Syarat Kelayakan Permohonan
- Anak kelahiran bermula tahun 2022
- Warganegara Malaysia dan menetap di Selangor
- Bayi lahir di Selangor
Kelayakan Ibu Bapa
- Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas
- Sedang menetap di Selangor
- Pengundi berdaftar di Selangor
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat di laman web https://anas.yawas.com.my/
Ia dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang yang menetapi syarat dan akan ditutup serta-merta apabila mencapai jumlah yang ditetapkan.
3. Pahang
Kerajaan Pahang turut menawarkan bantuan bayi baru lahir 2022 melalui program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) yang berjumlah RM300.
Cara Membuat Permohonan
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.pahang.gov.my/ atau hubungi 09-512 6600.
Program bantuan ini bertujuan meringankan beban ibu ayah yang memerlukan duit untuk membeli barangan penjagaan bayi dan ibu dalam pantang. Bukan itu sahaja menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata tujuan kenaikan sagu hati ini adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih rendah.
4. Kedah
Bagi ibu ayah di negeri Kedah yang baru sahaja menimang cahaya mata, kerajaan negeri Kedah telah memperkenalkan Program Anakku Sejahtera dengan menyalurkan insentif kelaahiran sebanyak RM100.
Cara Membuat Permohonan
Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline
Ia diberi secara one-off kepada akaun Simpanan SSPN Prime kepada setiap bayi yang lahir pada tahun 2022.
Ibu ayah yang mendaftar anak baru dilahirkan di negeri Kedah dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022 akan layak menikmati insentif ini.
5. Perak
Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak telah memperuntukkan sebanyak RM200 bagi bayi kelahiran Perak bermula tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i).
Syarat Kelayakan Permohonan
- Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malayia dengan kelahiran negeri Perak bermula 1 Januari 2010 selepas jam 12 tengah malam.
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019)
- Permohonan dibuka sepanjang tahun
- Ibu atau bapa kelahiran Perak tetapi sedang beralamat di luar negeri Perak atau ibu atau bapa kelahiran luar negeri Perak telah bermastautin di Perak melebihi 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin di negeri Perak dari Penghulu Mukim atau Ketua Kampung diperlukan)
Cara Membuat Permohonan
Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my
6. Terengganu
Skim Permata Sejahtera adalah sebuah bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
Bentuk Bantuan
- Anak Pertama hingga Keenam – RM100
- Anak Ketujuh – RM200
- Anak Ke-8 – RM 300
- Anak ke-9 – RM400
- Anak ke-10 – RM500
Cara Membuat Permohonan
- Layari pautan permohonan berikut iaitu https://bit.ly/SSPN-iYPKT.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Next’ bagi setiap paparan.
- Muat naik salinan dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat 1: Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
Syarat 2: Bagi bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.
Syarat 3: Ibu atau Bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
Syarat 4: Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai (bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami).
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu atau hubungi di talian.
7. Sarawak
Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Cara Membuat Permohonan
Untuk makluman, permohonan secara dalam talian (online) masih dalam proses dibangunkan. Oleh itu, hanya terdapat kaedah permohonan secara manual.
i) Bagi pemohon berada di negeri Sarawak, pemohonan boleh dibuat secara manual di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak.
ii) Bagi pemohon berada di luar Sarawak, permohonan boleh dibuat dengan mengeposkan semua dokumen seperti di atas ke alamat berikut:
Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga
93551 Kuching,Sarawak
Tel: 082-242221/082-242223
(Permohonan Endowment Fund Sarawak)
Bagi semakan penerimaan dokumen permohonan anda, sila hubungi JPN Negeri Sarawak di talian 082-242221/082-242223
Bagi semakan status permohonan, sila hubungi Bank Islam Customer Service di talian 03-26900900
Bagi pertanyaan selanjutnya, sila hubungi Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) di e-mel: efs@sarawak.gov.my
KLIK DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS)
KLIK DI SINI untuk mengetahui lnfografik Endowment Fund Sarawak (EFS)
Syarat Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
- Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus ‘K’; dan
- Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran.
Bagi kategori anak angkat:
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus ‘K’; dan
- Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.
8. Johor
Kerajaan Negeri Johor menyediakan sumbangan percuma caruman RM100 bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun SSPN-i dibuka mulai 1 Januari 2022 melalui Dana Didik Johor.
Syarat Kelayakan Permohonan
- Bayi yang lahir di Negeri Johor mulai 01hb Januari 2022;
- Ibu dan Bapa Kandung adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);
- Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM7,000 sebulan
Cara Membuat Permohonan
Sila isikan BORANG PRA PERMOHONAN secara atas talian melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSex9Det2wmsLfmQQZDZPcBfIuAlojcPAiew0UfHfwh0Y0ZEHQ/viewform
Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui :
a) Emel ke danadidikjohor@ypj.gov.my (borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang telah discan dalam bentuk PDF sebelum dihantar melalui emel)
b) Atau ; serahan di pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.
9. Pulau Pinang
Kerajaan Pulau Pinang telah melancarkan program Anak Emas, di mana anak yang dilahirkan akan mendapat bantuan sebanyak RM200.
Bantuan ini hanya boleh dipohon sekali bagi seorang anak. Permohonan untuk anak mestilah dibuat 2 tahun sebelum tarikh kelahiran.
Permohonan boleh dibuat hanya secara online. Selepas membuat permohonan, permohon perlulah mencetak borang yang siap bersama dengan dokumen-dokumen sokongan.
Dokumen-Dokumen ini perlulah dihantar secar POS ataupun secara manual ke Pejabat Daerah yang tertera dalam borong permohonan.
Syarat Kelayakan Permohonan
- Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh dilahirkan.
- Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian di https://spt.penang.gov.my/index.php/ms/79-pengumuman/278-pendaftaran-program-anak-emas-secara-online
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
- Salinan Sijil Kelahiran anak
- Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa
- Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
Semoga Bermanfaat!