Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024 : Cara Mohon Serta Syarat Kelayakan

Bantuan Suri Rumah Tahun 2024

Para suri rumah zaman sekarang mempunyai kemudahan baharu yang disediakan oleh pihak kerajaan. Anda sudah boleh mulamenyimpan duit dalam KWSP dan mendapat extra duit insentif sehingga RM300 setahun, semua ni melalui program i-Suri 2024 dari Kerajaan. Ini semua untuk memastikan suri rumah di negara kita hidup lebih terjamin.

Seperti ahli KWSP yang lain yang mempunyai kerja, suri rumah juga boleh mendapat dividen setiap tahun, membuat tuntutan sekiranya berlaku masalah, mendapat bantuan sekiranya meninggal, boleh membuat pengeluaran duit simpanan, dan juga mendapat potongan cukai. Semua ni dengan syarat-syarat tertentu.

Dengan program i-Suri ni, suri rumah boleh rasa lebih terjamin mengenai masa depan mereka, ini kerana KWSP ni umpama tabung untuk di hari tua. Untuk suri rumah, balu, dan ibu tunggal yang telah pun mendaftar dengan e-Kasih, jangan lupa pilih i-Suri sebagai simpanan tambahan anda.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Bantuan Suri Rumah (Insentif i-Suri KWSP)

i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang.

Ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP.

Permohonan Bantuan Suri Rumah RM300 Tahun 2024

Faedah Bantuan Suri Rumah KWSP 2024

Berikut adalah faedah Bantuan Suri Rumah KWSP:

Insentif Khas– Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga maksimum RM300 dalam tahun semasa
– Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun (mana yang terdahulu)
– Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan
Dividen Tahunan– Menikmati dividen tahun di atas simpanan persaraan anda
Bantuan Kematian– Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Pelepasan Cukai– Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Syarat Kelayakan Bantuan Suri Rumah KWSP

Berikut dikongsikan syarat kelayakan bantuan suri rumah:

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih

Kadar Caruman Minimum

Tiada caruman minimum untuk i-Suri 2024. Namun begitu, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun 2024:

Rujuk jadual di bawah:

Permohonan Bantuan Suri Rumah RM300 Tahun 2024

Cara Daftar Bantuan Suri Rumah RM300

Pendaftaran boleh dilakukan dengan seperti berikut:

  • Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan malumat data eKasih
  • Pendaftaran kendiri melalui:
    • Aplikasi KWSP i-Akaun
    • Secara dalam talian d laman web KWSP
    • Pendaftaran di Self Service Terminal (SST)
  • Hadir ke pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri (KWSP 16G (M))
Laman Web KWSPPejabat KWSPSelf Service Terminal (SST)KWSP i-Akaun
Pendaftaran i-Saraan Dalam TalianBorang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri – KWSP 16G (M) MyKadPendaftaran i-Suri di SST (Rujuk Lokasi SST) MyKadPendaftaran i-Saraan / i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun

Dokumen yang diperlukan untuk membuat pendaftaran bantuan suri rumah:

  • Mykad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Cara Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:

  • Aplikasi mudah alih – KWSP i-Akaun
  • Perbankan internet
  • Kaunter ejen bank – BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank
  • Ejen bank berdaftar – (EB) BSN
  • Bayaran secara tunai (maksimum RM500)/ cek / draf bank / kiriman wang / wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
  • Bayaran secara kad debit melalui Mobile Team (MT) dan pejabat KWSP

Maklumat Lanjut Bantuan Suri Rumah

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih, boleh rujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri. (https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx).

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.