Permohonan Bantuan Zakat Berjumlah RM2,500

Berita baik kepada mereka yang memerlukan bantuan zakat, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)  Ini bertujuan dalam usaha untuk meringankan beban golongan pertengahan dalam perbelanjaan pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam negara ataupun luar negara.


Berita baik kepada mereka yang memerlukan bantuan zakat, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)

Ini bertujuan dalam usaha untuk meringankan beban golongan pertengahan dalam perbelanjaan pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam negara ataupun luar negara.

Jumlah Bantuan

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diterima oleh mereka yang layak:

  • IPT Luar Negara: RM2500
  • IPT Dalam Negara: RM700


Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Ketua keluarga / penjaga lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
  • Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS) / SKM tahap dua (ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (bagi peringkat pengajian Sijil / Pra-Diploma / Asasi / Matrikulasi yang tiada semester / tahap adalah layak memohon
  • Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara

Cara Membuat Permohonan

Mereka yang cukup syarat boleh membuat permohonan di https://www.zakatselangor.com.my/spzas/ sehingga 20 Februari 2022

Kemudian lampirkan dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Kad pengenalan suami / isteri / penjaga
  • Sijil kelahiran / kad pengenalan tanggungan keluarga
  • Bil api / air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Slip gaji atau borang pengesahan pendapatan terkini (bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Borang / surat pengesahan belajar semester / tahap yang terkini / semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
  • Borang pengesahan permastautin yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Penyata akaun bank pemohon yang masih aktif (bagi pengesahan no akaun bank)
  • Kad OKU (jika berkenaan)
  • Laporan perubatan sakit kronik (jika berkenaan)
  • Pasport dan visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

Tempoh Kelulusan & Bayaran

Tempoh kelulusan dan bayaran bantuan ini akan mengambil masa 14 hari bekerja dari permohonan dibuat. Sekiranya permohonan masih dibuka dan terdapat permohonan yang dihantar dalam masa 5 hari sehingga sebelum tamat tempoh permohonan, LZS akan membuat pembayaran bagi permohonan tersebut selewat-lewatnya 10 Mac 2022.

Kaedah pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh KLIK SINI