Kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk membantu golongan Ibu Tunggal bagi meringankan beban dengan membuka permohonan bagi Bantuan Ibu Tunggal secara one-off kepada mereka yang memerlukan.
Golongan ibu tunggal yang menepati syarat yang telah ditetapkan boleh memohon bantuan ini yang diharapkan dapat mengurangkan sedikit beban kewangan yang ditanggung.
Berikut kami kongsikan kepada anda maklumat berkaitan bantuan ini dan cara untuk membuat permohonan.
Bantuan Ibu Tunggal Terengganu
Bantuan ibu tunggal adalah satu inisiatif kerajaan negeri untuk isteri ketua isi rumah e-kasih dan ibu tunggal
Pengumuman bantuan ini telah dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada pertengahan November tahun lepas.
Belanjawan yang bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” itu didokong lima teras utaman dan diperkukuhkan dengan 147 inisiatif di bawah 22 objektif.
Lima teras utama adalah memperkuatkan daya tahan isi rumah, memperkukuhkan kesejahteraan sosial masuarakat, memperbaiki ketersediaan kemudahan awam rakyat, memberdaya pertumbuhan ekonomi negeri dan memperindah persekitaran serta melindungi alam.
Jumlah Bantuan Ibu Tunggal
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM150 secara one-off
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 24 Ogos 2022 sehingga 3 September 2022
Syarat Kelayakan Bantuan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
- Terbuka kepad semua wanita yang berstatus IBU TUNGGAL
- Penerima bantuan i-FITRI TIDAK LAYAK memohon
- Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM2,500 sebulan
- Penjawat awam / kakitangan kerajaan TIDAK LAYAK memohon
Syarat Utama Permohonan
Berikut adalah syarat utama untuk membuat permohonan:
- Pemohon adalah rakyat Terangganu dan menetap di Negeri Terengganu
- Maklumat permohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terangganu
- Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan
Cara Membuat Permohonan
Permohonan bantuan Ibu Tunggal boleh dibuat secara atas talian di https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Pemohon yang belum berdaftar dalam sistem iBantuan ini dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini bolehlah berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing atau layari laman web iBantuan Terengganu.