Permohonan i-Fitri: Bantuan RM400 Untuk B40

 Tahukah anda? Kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah yang terjejas di kalangan B40 dan sebahagian M40 yang akan memanfaatkan lebih 115,000 penerima.  Bantuan ini diberikan agar dapat membantu kewangan ketika meraikan aidilfitri setelah dua tahun menyambutnya dengan keterbatasan.  Bantuan ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 yang bertemakan "Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua" pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 15 November 2022.


Tahukah anda? Kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah yang terjejas di kalangan B40 dan sebahagian M40 yang akan memanfaatkan lebih 115,000 penerima.

Bantuan ini diberikan agar dapat membantu kewangan ketika meraikan aidilfitri setelah dua tahun menyambutnya dengan keterbatasan.

Bantuan ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 yang bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 15 November 2021.


Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut dikongsikan jumlah bantuan yang akan diberikan:

Bantuan i-Fitri

  • B40: RM400
  • M40: RM250

Bantuan tunai one-off

  • Isteri ketua rumah berdaftar (e-kasih): RM150
  • Ibu Tunggal berpendapatan <RM2,500: RM150
  • Bujang 18 – 39 tahun: RM150
  • Mahasiswa isi rumah berpendapatan RM4000 ke bawah: RM150
  • Orang Kurang Upaya (OKU): RM150

Cara Membuat Permohonan

Permohonan akan dibuka bermula 22 Mac sehingga 31 Mac 2022 melalui portal iBantuan Terengganu di https://ibantuan.terengganu.gov.my/


Tarikh Bayaran i-Fitri

Pembayaran bantuan i-Fitri akan dilakukan pada 17 April 2022.


Cara Bayaran Di Lakukan

Pemohon yang layak akan menerima baucar melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini bolehlah rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2022 DI SINI

1 thought on “Permohonan i-Fitri: Bantuan RM400 Untuk B40”

Comments are closed.