Sebelum nak apply kerja secara online, ada beberapa perkara yang sebenarnya korang perlu ambil tahu. Kalau main apply semua iklan di Jobstreet tu, jangan pelik jika job application korang tak pernah sangkut.
Berdasarkan pengalaman seorang individu melalui pemerhatiannya semasa menghadiri temuduga dan kursus kerjaya, ada tiga sebab yang mungkin menyebabkan permohonan korang ditolak.
1. Keperluan kerja/Kelayakan
Antara kesalahan paling besar yang mungkin korang selalu buat ketika apply kerja secara online adalah menghantar resume dan apply semua tawaran yang ada di jobstreet. Dengan hanya mencari nama position kerja lepas tu scan laju-laju job description & requirement tanpa betul-betul baca apa yang diperlukan untuk position tersebut.
Kalau apply di Jobstreet, rata-ratanya akan terus tekan SUBMIT tanpa isi bahagian MAKE YOUR PITCH. Ada satu benda yang kebanyakan fresh grads takt ahu iaitu employers akan guna macam-macam filter untuk optimizekan potential candidates.
Contohnya, employer nak dua orang mechanical engineer tapi yang apply 200 calon. Jadi macam mana mereka nak dapatkan yang betul-betul menepati requirement?
Filter 1 = Gender: Male
Filter 2 = Skill: Solidwork
Ini antara contohnya. Selepas tapisan pertama, mungkin daripada 200 dah jadi 110 calon. Selepas tapisan kedua, daripada 110 akan jadi 50 calon dan seterusnya sampai la calon tinggal dalam 10 ke 15 orang barulah mereka akan go through secara details.
Kalau korang yang apply tak menepati requirement yang mereka nak, secara automatik nama korang akan masuk rejected list. Disebabkan itu kita perlu membaca requirement untuk setiap position yang dimohon supaya tak ada la buang masa apply something yang kita takkan dapat.
Ada juga situasi di mana bila kita dah yakin menepati segala requirement yang diminta tapi berkali-kali apply still juga masuk rejected list. Bila call HR rupanya dia nak cari calon lelaki, padahal dalam iklan tak mention pula nak calon lelaki.
2. Salah faham antara jabatan
Bila dah penat apply online dan tak pernah dapat respon, individu ini mengambil inisiatif untuk terus call HR bagi menanyakan sendiri adakah position kerja yang diiklankan masih kosong? Jawapannya Yes dan dia disuruh menghantar permohonan melalui email.
Minggu seterusnya bila datang terus ke pejabat untuk tanya update, Production Manager pula kata,
“We Are Looking For Someone Really Experience Because Right Now We Have Only One Vacancy. If We Hire Fresh Grad We Afraid No One Is Available To Guide Bla Bla Bla… But We Do Have Other Position ….”
Bila dah cakap sendiri dengan orang HR dan department manager barulah sedar yang sebenarnya HR post dekat Jobstreet tak sama dengan apa yang dikehendaki oleh manager tersebut.
3. Lokasi
Pernah juga ada pengalaman pergi walk in interview mereka akan terus terang mencari calon yang tinggal berhampiran (tapi bukan semua company macam ni). Sebab utamanya adalah nak pastikan once individu tu dah diambil kerja, dia mestilah bagi komitmen penuh, contohnya kalau tiba-tiba kena OT sampai lewat malam.
Malah, ada juga yang memang takkan pilih individu yang tinggal sangat jauh dari tempat kerja sebab banyak sangat kes HR dah panggil untuk interview tapi bila sampai hari kejadian, bayang pun tak ada. So, korang boleh bayangkan tak berapa banyak masa yang mereka dah bazirkan tapi hasilnya tak dapat apa-apa.
Kalau korang betul-betul nak cari kerja, better walk in terus ke company tersebut sebab disitu dah nampak kesungguhan korang nak dapatkan kerja.
Ramai juga yang berkongsi pengalaman cari kerja secara walk in ni. Mungkin korang pun boleh cuba nasib kan? Mana tahu ada rezeki nanti terus dapat panggilan interview.