Ust Don Mohon Maaf Atas Isu Puasa Aidil Adha

Permohonan Maaf Ust Don

Pendakwah terkenal, Ust Don Daniyal Don Biyajid, 40, memohon maaf berikutan memberi kenyataan yang mengelirukan terhadap pertanyaan pendengar di sebuah stesen radio terkemuka di Malaysia.

Beliau telah memberikan jawapan yang dianggap mengelirukan selepas ditanyakan sama ada boleh berpuasa pada hari Tasyrik iaitu pada 3 hari selepas hari raya Aidil Adha disambut oleh umat Islam.

Permohonan maaf beliau telah dimuat naik di akaun peribadi Instagram milik Ust Don sendiri tengahari tadi.

Assalamualaikum WBT kepada semua. Saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua.

“Minta maaf banyak-banyak, semoga Allah Taala mengampunkan dosa kita semua. Minta maaf semua.

“Okey jawapan yang betul pada Hari Raya Aidiladha tak boleh puasa dan pada Hari Tasyrik juga, termasuk sekali Hari Raya Kedua, ketiga dan keempat iaitu pada hari 11,12 dan 13 (Zulhijjah). Okey,”

Ust Don Mohon Maaf Atas Isu Puasa Aidil Adha
Ust Don Mohon Maaf Atas Isu Puasa Aidil Adha

Bermula tadi pagi telah tular di media sosial rakam radio Ust Don menjawab soalan daripada pendengar di sebuah stesen radio terkemuka di Malaysia.

Ust Don telah menjawab diharamkan untuk berpuasa pada hari raya pertama sama ada pada Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.

“Jadi kalau tanya boleh tak berpuasa pada Hari Raya Haji, tak boleh kalau hari raya yang pertama. Hari raya kedua, Ketiga dan keempat bolehlah.

“Sama juga macam Aidilfitri. Aidiladha tak boleh, Aidilfitri tak boleh pada hari raya pertama,” katanya menerusi audio yang ditularkan di media sosial.

Menurut Ust Don, soalan yang diajukan, boleh atau tidak berpuasa pada Hari Raya Aidiladha?

Jadi masa kami nak rakam, kami tanya ini hari raya pertama sahaja ke? Hari raya pertama sahaja dia jawab, untuk kita beritahu yang mudah.

“Jawapan yang panjang sepatutnya Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri hari pertama tak boleh puasa, sama macam Aidilfitri hari raya kedua, ketiga dan keempat itu baru boleh puasa.

“Berbeza dengan Hari Raya Aidiladha ada Hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13. Bila jadi macam itu panjang huraian dia.

“Masa itu nak bagi faham sahaja, hari raya pertama tak boleh puasa. Itu sahaja. Tapi saya minta maaf, sebab jawab mengelirukan. Maafkan saya,” kata Don Daniyal lagi.

Walaupun begitu, ramai pengikutnya di Instagram memberikan komen positif dan kata-kata semangat terhadap permohonan maaf Ust Don. Ada yang menyatakan ustaz juga manusia yang tak sempurna, yang penting jalan terus dalam jalan dakwah Islam.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment