Definisi Pembiayaan Rantaian Bekalan
Pembiayaan rantaian bekalan (SCF) adalah satu set proses perniagaan dan pembiayaan berasaskan teknologi yang menghubungkan pelbagai pihak dalam transaksi pembeli, penjual, dan institusi pembiayaan – untuk mengurangkan kos pembiayaan dan meningkatkan kecekapan perniagaan. Pembiayaan rantaian bekalan menyediakan kredit jangka pendek yang mengoptimumkan modal kerja bagi pembeli dan penjual.
Apa Itu BSC ?
Tujuan Pembiayaan
Pemohon yang memohon pembiayaan ini perlu memenuhi salah satu daripada dua tujuan pembiayaan
Modal kerja atau Pembelian aset (tidak termasuk aset hartanah).
Jumlah Pembiayaan
Berikut merupakan jumlah pembiayaan yang ditawarkan :
1. BSC menawarkan jumlah pembiayaan dengan nilai minima sebanyak RM500,000 dan jumlah maksima sebanyak RM5 juta.
2. Bagi margin pembiayaan, 85% adalah daripada pihak bank dan 5% daripada kos akan dibayar oleh pelanggan. Selain itu, jumlah yang sama akan dikembalikan kepada pelanggan menggunakan dana geran setelah pembiayaan dibayar balik sepenuhnya.
3. Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh pernafasan (“grace period”) sehingga 12 bulan.
Cagaran
Cagaran yang akan dikenakan kepada pemohon yang layak menerima pembiayaan ini adalah:
- Geran 15% akan dipegang oleh Bank sebagai margin sekuriti.
- Lain-lain cagaran atau skim jaminan yang boleh diterima oleh Bank.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Perusahaan pemohon mestilah bertaraf mikro, kecil dan sederhana seperti yang didefinisikan oleh SME Corp.
- Pegangan saham Bumiputera dalam syarikat mestilah minima 60%.
- Bukan anak syarikat kepada syarikat GLC atau MNC.
- Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan adalah Bumiputera.
- Majoriti Pengurusan Tertinggi syarikat adalah Bumiputera.
- Syarikat di dalam sektor Pembuatan, Pemborongan, Peruncitan dan yang berkaitan.
Cara Permohonan
Untuk permohonan BSC, pemohon perlu berkunjung ke mana-mana cawangan SME Bank yang terdekat untuk membuat permohonan.
Senarai cawangan SME Bank seluruh negara boleh dirujuk melalui pautan https://www.smebank.com.my/en/about-us/corporate-info/branch-network.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai BSC, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700.