Berita Baik! Perodua Axia E Diperkenalkan Semula – 1.0 Liter 67HP/97 NM Manual: Harga RM22,000 lagi Awesome

Perodua Axia E Diperkenalkan Semula – 1.0 Liter 67HP/97 NM Manual: Harga RM22,000

Pada Februari lalu, pengeluar Perodua ada memaklumkan yang model murah iaitu varian E akan tetap ditawarkan. Dan pada 15 Jun 2023, Perodua memperkenalkan semua varian berkenaan (lebih kepada pengenalan semula Axia E) yang pernah ada sebelum ini.

Perodua Axia E 2023

Untuk pengetahuan anda, varian E ini adalah daripada platform generasi pertama yang diperkenalkan pada 2014 dan diberikan facelift pada 2017 dan 2019.

Perodua Axia E Diperkenalkan Semula - 1.0 Liter 67HP/97 NM Manual: Harga RM22,000

Jika ada yang tertanya-tanya perbezaannya berbanding Axia E sebelum ini, jawapannya tidak banyak. Paling utama adalah harganya yang kini RM22,000 sekaligus menjadikan ia kereta paling murah di Malaysia.

Baca Juga:

Sebelum ini, Axia E dijual pada harga sekitar RM24,090. Ini melibatkan penjimatan sebanyak RM2,090. Menurut Peroduan, ia merupakan harga yang lebih murah berbanding model Kancil ketika diperkenalkan pada tahun 1994.

Perodua Axia E Diperkenalkan Semula - 1.0 Liter 67HP/97 NM Manual: Harga RM22,000

Ini juga kali pertama harga model Perodua yang sama diberikan untuk pasaran di Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Dengan harga yng lebih rendah ini, sasaran Perodua adalah untuk menarik perhatian penunggang motosikal untuk beralih kepada kereta. Sebagai contoh, jumlah ansuran bulanannya jika tempoh 7 tahun dengan kadar faedah 3.75% adalah sekitar RM300; jumlah ansuran yang sama juga biasanya dikenakan untuk motosikal dalam julat harga yang sama ketika ini.

Dari segi penampilan, tidak banyak yang berubah untuk Perodua Axia E terbaru ini. Ia hampir sama dengan apa yang pernah dilihat pada Perodua Axia E versi 2017 dan 2019 dahulu. Bahagian depan dapat dilihat mengenakan imej ringkas yang sama dengan versi tahun 2017. Manakal bahagian belakang dan spesifikasinya mengikut model E yang terakhir ditawarkan pada 2019.

Antara kelengkapan asas yang anda untuk Perodua Axia E ini ialah rim besi, 2 beg udara tetapi tanpa ABS. Radio dan pembesarnya suaranya sama seperti sebelum ini, tidak disediakan. Enjinnya juga sama seperti Axia E lama dengan unit 1KE-VE 1.0 Liter NA 3-Silinder VVT-i yang menjana kuasa kuada sebanyak 67HP pada 6,000 rpm dan 91Nm pada 4,000 rpm. Dan digandingkan dengan transmisi manual 5 kelajuan. Axia E ini juga kekal dengan penarafan 4-Bintang untuk ASEAN NCAP yang ditauliahkan MIROS

Selain itu, penawaran baru untuk pengenalan semula Axia E terbaru ini adalah pemilihan warna yang kini ditawarkan dengan 3 warna (Ivory White, Glittering Silver dan Granite Grey). Axia E terbaru ini dipasangkan di kilang PGMSB di Rawang yang turut memasang model seperti Ativa dan Alza.

Sejak dilancarkan pada 2014 sehingga Mei 2023, Peroduan telah merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit model Axia (termasuk Axia 2023 terbaru). Perodua mensasarkan jualan 1,500 unit sebulan untuk Axia E ini.

Perodua Axia E Diperkenalkan Semula - 1.0 Liter 67HP/97 NM Manual: Harga RM22,000

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Info Terkini

Rumah Mesra Rakyat RMR 2023: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah

Cara Mohon: https://www.blogrojak.com/rumah-mesra-rakyat-rmr-2023/

RASMI: Bayaran STR Fasa 3 Sebelum Hari Raya Haji

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan khabar gembira itu ketika sesi soal jawab bersama Perdana Menteri di Parlimen.

Untuk makluman anda, tarikh Hari Raya Haji pada tahun 2023 adalah pada 29 JUN 2023. Hal ini bermakna bayaran STR Fasa 3 diawalkan yang sebelum dijadualkan pada bulan JULAI.

Maklumat Lanjut: https://www.blogrojak.com/rasmi-bayaran-str-fasa-3-sebelum-hari-raya-haji/

TERKINI: e-Tunai Belia Rahmah RM200 Telah Mula Dikreditkan

Merujuk kenyataan YAB Perdana Menteri, pengkreditan bayaran akan mula dilaksanakan pada pertengan JUN ini

E-Tunai ini boleh digunakan untuk membuat pembelian di kedai yang mengambil bahagian dalam program ini, termasuk kedai dalam talian dan kedai fizikal.

Maklumat Lanjut: https://www.blogrojak.com/e-tunai-belia-rahmah-dikreditkan-jun/