Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dicadangkan bermula sekitar pertengahan tahun depan, membabitkan fasa pra PLKN di peringkat sekolah terlebih dahulu.
Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, PLKN di peringkat sekolah akan dimulakan pada pertengahan tahun hadapan iaitu Jun 2025 atau Julai 2025.
Modul yang digunakan untuk PLKN peringkat sekolah adalah dengan ketetapan pelaksanaan modul generasi MADANI oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Trending Sekarang :
STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran
STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran
Cara Mudah Isi & Kemaskini EFiling LHDNM Taksiran 2023
Format Baharu Program Latihan Khidmat Negara PLKN 3.0
Program Latihan Khidmat Negara 3.0 yang bakal diperkenalkan tahun hadapan masih mengekalkan identiti program tersebut yang memfokuskan latihan asas kenegaraan dan ketenteraan kepada remaja.
Namun dengan beberapa ciri penambahan yang baharu iaitu seperti siri latuhan dibahagikan kepada dua fasa. Dua fasa berikut adalah :
- Fasa Pra PLKN
Melibatkan pelajar tingkatan 4 sahaja yang menjalani latihan PLKN di sekolah pada waktu kokurikulum - Fasa PLKN Asas
Melibatkan remaja berumur 17 tahun ke atas
Kedua-duanya, Fasa Pra PLKN dan Fasa PLKN Asas dijangka diperkenalkan seawal Jun tahun hadapan.
Fasa PLKN ASAS
Untuk fasa ini, para pelatih adalah terdiri dari remaja yang berumur 17 tahun ke atas. Program latihan adalah selama 45 hari di mana pengisian adalah terdiri dari asas kenegaraan sebanyak 30%, dan asas latihan ketenteraan sebanyak 70%.
Latihan yang bakal dilalui adalah secara intensif, lapangan serta praktikal.
Berikut adalah pecahan serta butiran lanjut mengenai modul-modul yang bakal dipelajari oleh pelatih semasa Kem Program Latihan Khidmat Negara PLKN 3.0 :
Modul Asas Kenegaraan :
- Sukatan adalah dari Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)
- Mengandungi elemen jati diri, cinta negara dan elemen perpaduan.
Modul Asas Ketenteraan :
- Dibangunakn oleh Kementerian Pertahanan Malaysia
- Berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.
- Budaya kehidupan tentera seperti displin, ketetapan masa tersusun dan mandiri
Kem Latihan Program Latihan Khidmat Negara PLKN 3.0
Tempat kem latihan bagi program PLKN adalah berbeza mengikut fasa. Ianya terbahagi kepada dua :
- Fasa Pra PLKN
Dibuat di Sekolah Menengah masing-masing mengikut waktu Ko-Kurikulum dan tidak sepenuh masa. - Fasa Asas PLKN
Dibuat mengikut keberadaan para pelatih pada :- 13 kem Askar Wataniah
- 20 universiti awam
- Beberapa politeknik terpilih seluruh negara
PLKN 3.0 Fasa Lanjutan
Menurut Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Fasa peringkat latihan lanjutan telah dibincang sama ada kementerian perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.
Beliau percaya bahawa Program Latihan Khidmat Negara memang sangat positif dan akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.
Kelebihan Mengikuti PLKN 3.0
Menurut Menteri Pertahanan Malaysia modul bagi setiap latihan khusus dibangunkan untuk Program Latihan Khidmat Negara 3.0 adalah amat bersesuai untuk diserap masuk ke anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan.
Sejarah PLKN
Program Latihan Khidmat Negara PLKN merupakan sebuah kursus latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan persekutuan Malaysia.
Ia mula digagaskan pada 2002 dengan pembentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara, dan memulakan program pada 2004.
Namun, pelaksanaannya pernah ditangguhkan pada 2015, dan diperkenalkan semula pada 2016, dengan anggaran pelaksanaan penuh pada 2019.
Walau bagaimanapun, program ini telah dimansuhkan pada 2018.
Tempoh Kem PLKN?
Berbeza mengikut umur dan fasa seperti berikut :
1. Fasa Pra PLKN – Sepanjang menduduki tingkatan 4 di Sekolah Menengah.
2. Fasa Asal PLKN – Selama 45 hari di kem terpilih.
Bilakah PLKN 3.0 bermula?
PLKN 3.0 bakal dilaksanakan bermula pada Jun 2025.
Syarat Menyertai PLKN 3.0
Setakat ini hanya umur layak yang dimaklumkan dari Kementerian yang terlibat iaitu :
1. Pelajar tingkatan 4 yang berumur 16
2. Remaja berumur 17 tahun ke atas
Selain itu, belum ada apa-apa maklumat mengenai syarat menyertai PLKN 3.0 dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga Kementerian Pertahanan Malaysia.
Cara Semak PLKN 3.0
Hanya boleh membuat semakan pada tahun hadapan.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.