Isi Kandungan
Ramai sebenarnya pasangan yang ingin berumahtangga tidak tahu apa prosedur, langkah dan cara untuk melangkah masuk ke alam perkahwinan. Berita baik kepada anda yang bakal mendirikan rumahtangga, sekarang ini urusan perkahwinan adalah lebih mudah.
Anda boleh melakukan urusan berkaitan pendaftaran pernikahan semunya melalui online sahaja mengikut negeri masing-masing.
TENGAH TRENDING:—————————
- Permohonan Bantuan Suri Rumah RM300 Tahun 2024
- PADU – 5 Fakta Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Daftar & Cara Mendaftar
- Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Setiap Bulan
———————————————————
Cara Daftar Nikah Mengikut Negeri
Langkah 1 :
Daftar kursus nikah adalah perkara yang paling penting sebelum memulakan apa-apa urusan pernikahan di Malaysia. Anda boleh mendaftar kursus nikah secara online mengikut negeri masing-masing.
Negeri | Website |
Kuala Lumpur | http://jawi.gov.my |
Melaka, Perlis, Kedah, Perak, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan | https://www.sppim.gov.my |
Johor | https://jainj.johor.gov.my |
Selangor(Cara isi borang nikah online) | https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home |
Sabah | akan dikemaskini |
Sarawak | https://e-munakahat.sarawak.gov.my |
Kelantan | https://www.kelantan.gov.my http://www.jaheaik.gov.my |
Terengganu | http://jheatweb.terengganu.gov.my |
Pulau Pinang | http://emunakahat.penang.gov.my |
Pahang | https://prakahwin.pahang.gov.my/ |
Langkah 2 :
Anda perlu mengisi dan menghantar borang nikah anda di website mengikut negeri anda menetap sekarang. Untuk pendaftaran nikah, anda boleh daftar sebaiknya 4-5 bulan lebih awal dari tarikh pernikahan anda.
Negeri | Website |
Melaka, Perlis, Kedah, Perak, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan | www.sppim.gov.my |
Johor | encr.johor.gov.my |
Selangor(Cara isi borang nikah online) | ncr.jais.gov.my |
Sabah | jheains.sabah.gov.my/nikah-cerai-ruju |
Sarawak | kiswa.sarawak.gov.my/kiswa/main/portal/services/ |
Kelantan | eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinan_prosedur.php |
Terengganu | emunakahat.terengganu.gov.my |
Pulau Pinang | emunakahat.penang.gov.my |
Pahang | emunakahat.pahang.gov.my |
Langkah 3 :
Anda perlu membuat ujian HIV di Hospital atau Klinik Kesihatan berdekatan dengan anda. Untuk membuat ujian HIV anda terlebih dahulu membuat temujanji melalui aplikasi MySejahtera.
Langkah 4 :
Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!
Sila berjumpa dengan Imam Masjid di kawasan tempat yang anda bakal nikah. Bawa bersama anda dokumen yang diperlukan yang telah disedikan oleh pihak jabatan agama negeri anda ingin berkahwin.
Imam masjid perlu mencop dan menandatangani borang Akuan TERUNA(mengikut negeri)
Langkah 5 :
Pergi ke Jabatan Agama Negeri anda. Pastikan anda datang sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh pernikahan anda. Ini adalah untuk penyerahan segala dokumen yang diperlukan.
Langkah 6 :
Sila berjumpa dengan Jurunikah dikawasan muqim anda sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh pernikahan dan bawa semua dokumen yang diperlukan(rujuk jabatan agama negeri).
Selesai 5 langkah ini anda bolehlah bernikah. Kongsi agar semua mendapat manfaat dari cara dan prosedur daftar nikah di semua negeri di Malaysia.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.